Belanjawan 2027: KDN dan Mindef terima peruntukan RM22 bilion, AKPS RM490 juta

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 5:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: KDN dan Mindef terima peruntukan RM22 bilion, AKPS RM490 juta
KDN dan Mindef masing-masing bakal menerima peruntukan sebanyak RM22 bilion.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan (Mindef) masing-masing bakal menerima peruntukan sebanyak RM22 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM7.1 bilion daripadanya dikhususkan untuk membeli dan menyelenggara aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta badan beruniform lain di bawah KDN.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, beberapa fasiliti baharu bakal dibina seperti Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Tanjung Kupang, Johor.

"Selain itu, Kompleks Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras; Pejabat Imigresen Keningau (Sabah) dan tiga balai polis baharu di Sungai Rambai (Melaka), Tanjung Malim (Perak) serta Batu Lintang Sri Aman (Sarawak)," katanya.

Anwar berkata demikian ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Bagi memastikan keselamatan sempadan negara terus diperkukuhkan, Anwar mengumumkan peruntukan sebanyak RM490 juta kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

"Saringan keselamatan di lapangan terbang diperketatkan, termasuk mewajibkan ujian dadah dan alkohol terhadap juruterbang serta kru penerbangan.

"Sebanyak 48 mesin pengimbas badan dan bagasi baharu dipasang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved