Belanjawan 2027 – Kerajaan Akan Membentangkan RUU Platform E-Dagang

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 5:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Belanjawan 2027 – Kerajaan Akan Membentangkan RUU Platform E-Dagang

Kemasukan banyak platform e-dagang asing ke pasaran Malaysia telah menyebabkan banyak perniagaan-perniagaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berasa runsing kerana ia dilihat sangat sukar untuk mereka bersaing dengan penawaran platform-platform tersebut.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2027, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa pihak kerajaan memandang serius keresahan peniaga-peniaga ini, dengan kewujudan platform-platform tersebut yang masuk ke pasaran negara tanpa pengawasan dan penguatkuasaan.

Beliau mengatakan bahawa kerajaan akan meneliti langkah perundingan dan penguatkuasaan untuk melindungi kepentingan perniagaan PMKS tempatan dari persaingan tidak adil, dan memastikan barang-barangan yang dibeli oleh rakyat Malaysia dari platform-platform luar negara ini adalah selamat.

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan bahawa Rang Undang-Undang Platform E-Dagang akan dibentangkan di mesyuarat akan datang, sebagai usaha memperkukuh akauntabiliti platform dan penjual atas talian.

Liputan Belanjawan 2027 di Amanz disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved