‘Selepas 5 tahun, alhamdulillah… menangis semua doktor dengar’

LocalHealth & Fitness
9 Oct 2026 • 7:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Selepas 5 tahun, alhamdulillah… menangis semua doktor dengar’

PETALING JAYA – “Selepas lima tahun, alhamdulillah.”

Demikian luahan orang ramai di media sosial selepas pengumuman lebih 9,000 doktor kontrak bakal ditawarkan jawatan tetap pada tahun depan.

Pengumuman yang dibuat Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat petang tadi mengundang pelbagai reaksi, termasuk daripada mereka yang mengikuti perjuangan doktor kontrak sejak beberapa tahun lalu.

Seorang pengguna Threads @atiqzaini meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan perjuangan rakan-rakan doktor menerusi gerakan Hartal Doktor Kontrak yang tercetus pada 2021.

“Ya Allah menangis la dengar. Terbayang kawan-kawan yang sertai Hartal Doktor Kontrak dulu. Start (bermula) 2021 weh. Selepas lima tahun, alhamdulillah!

“Thank you (terima kasih) doktor-doktor dan semua yang memperjuangkan permanent position (jawatan tetap) ini. Tahniah untuk semua doktor,” katanya.

Seorang lagi pengguna @fai_sha94 berkata, isu berkenaan sudah lama dinantikan, selain mendakwa ketidakpastian status pekerjaan menyebabkan Kementerian Kesihatan (KKM) kehilangan ramai doktor berpengalaman.

“We waited for this years ago (kami menunggu perkara sejak bertahun yang lalu) dan KKM lost a lot of good Drs (kehilangan banyak doktor yang bagus). Sebab kontrak tak tetap dan ramai berpindah ke swasta. I’m glad this get realised for future Drs (saya bersyujur perkara ini bagus untuk masa depan doktor,” katanya.

Sementara itu, pengguna @_sillylily505 turut meluahkan kegembiraan meskipun tidak terlibat secara langsung dalam bidang perubatan.

“Walaupun saya buka siapa-siapa dalam medical line (perkhidmatan perubatan). I’m so happy (saya sangat gembira) dengan berita ni!” katanya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap pada 2027, manakala doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah selepas ini akan ditawarkan jawatan tetap sebagai pegawai perubatan.

Beliau berkata, sejak 2023, kerajaan telah melantik lebih 15,000 doktor kontrak ke jawatan tetap, termasuk 4,000 orang pada tahun ini.

Sebelum ini, isu doktor kontrak menjadi perhatian sejak beberapa tahun lalu, khususnya berkaitan jaminan kerjaya dan peluang mendapatkan lantikan tetap dalam sektor kesihatan awam.

Selain penyelesaian status perjawatan doktor, kebajikan petugas barisan hadapan kesihatan lain turut diberi perhatian dalam Belanjawan 2027 menerusi kenaikan kadar Bayaran Insentif Pos Basik bagi 47,000 anggota paramedik dan jururawat daripada RM100 kepada RM200 sebulan.

Kerajaan turut menaikkan kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara sebagai menghargai pengorbanan petugas susulan nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang.

Bagi menangani masalah kesesakan fasiliti awam, KKM menyediakan dana RM200 juta untuk menyumber luar pesakit ke hospital swasta termasuk penggunaan dewan bedah, di samping memperluas skim pelantikan pakar pesara secara lebih anjal. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Selepas 5 tahun, alhamdulillah… menangis semua doktor dengar’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved