Belanjawan 2027: Kerajaan teliti tekanan kos dihadapi perusahaan kecil – PM 

LocalBusiness & Finance
30 Sep 2026 • 10:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Belanjawan 2027: Kerajaan teliti tekanan kos dihadapi perusahaan kecil – PM 

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti aspek tekanan kos perolehan dan operasi yang dihadapi perusahaan kecil susulan krisis bekalan global dalam merangka Belanjawan 2027, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata perkara itu antara yang dibangkitkan dalam sesi libat urus Belanjawan 2027 bersama dengan wakil persatuan dan syarikat kontraktor Bumiputera di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Beliau berkata segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan pada sesi berkenaan diambil maklum untuk diteliti sewajarnya dalam penyediaan belanjawan itu.

“Kerajaan MADANI akan memastikan Belanjawan 2027 dapat membuka ruang dan peluang yang lebih luas agar rakyat dan perusahaan dapat membina kemampuan serta mengangkat maruah anak watan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Berdasarkan takwim Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang bermula 5 Okt ini, pembentangan Belanjawan 2027 dijadualkan pada 9 Okt depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved