Belanjawan 2027: LKIM harap peruntukan besar bela nasib nelayan

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 4:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: LKIM harap peruntukan besar bela nasib nelayan

KEMAMAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap akan memberi peruntukan yang lebih besar menerusi Belanjawan 2027 bagi dinikmati nelayan agar golongan itu terus terbela.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, meskipun kerajaan berdepan kekangan kewangan, namun beliau yakin kerajaan berkemampuan untuk mengekalkan pemberian subsidi minyak dan insentif sara hidup untuk golongan nelayan.

Menurutnya, LKIM berharap peruntukan lebih besar diberikan bagi pembangunan dan menaik taraf infrastruktur perikanan, terutama jeti yang sudah uzur serta kompleks pendaratan ikan di seluruh negara.

“Kita juga memohon peruntukan lebih besar untuk pembangunan infrastruktur kerana terdapat kompleks-kompleks yang rosak dan usang.

“Saya juga harap fokus turut diberikan kepada akuakultur supaya bidang ini akan dibangunkan dalam kalangan nelayan dan juga persatuan nelayan bagi meningkatkan sumber pendapatan,” katanya di Kompleks Perikanan LKIM Kuala Kemaman pada program Rahmah Mesra Madani bersama Nelayan Kuala Kemaman di sini hari ini.

Muhammad Faiz berkata, LKIM turut memohon peruntukan tambahan bagi pembinaan lebih banyak unjam dan tukun sebagai kawasan pembiakan dan perlindungan ikan.

Menurutnya, ketika ini jumlah nelayan yang aktif turun ke laut melibatkan zon A, B, C dan C2 di seluruh negara seramai 80,000 orang. – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027: LKIM harap peruntukan besar bela nasib nelayan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved