Belanjawan 2027: Semua pandangan akan diteliti

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 11:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: Semua pandangan akan diteliti

PETALING JAYA: Kerajaan akan meneliti dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak dalam merangka Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 9 Oktober ini, bagi memastikan agenda reformasi ekonomi terus diperkukuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menghargai pandangan dan cadangan yang dikemukakan 400 wakil daripada pelbagai lapangan dalam Majlis Libat Urus Belanjawan 2027.

Beliau berkata, sesi libat urus itu menghimpunkan wakil agensi kerajaan, sektor swasta dan industri, akademia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan masyarakat sivil (CSO) serta pertubuhan antarabangsa.

“Kalian membawa suara, keresahan dan harapan pelbagai lapisan masyarakat.

“Cadangan dan teguran yang dikemukakan akan membantu kita dalam membentuk Belanjawan Madani yang benar-benar menjawab persoalan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, usaha meneruskan reformasi ekonomi perlu bergerak seiring dengan usaha memacu teknologi serta pelaburan baharu bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam persaingan global.

Namun, katanya, pencapaian angka pertumbuhan dan indikator makroekonomi tidak seharusnya menyebabkan kerajaan alpa terhadap isu kesenjangan, kemiskinan serta tekanan kos sara hidup yang masih menghimpit sebahagian rakyat.

“Tatkala kita menggapai di langit, kita mesti kekal mengakar di bumi dan mendengar denyut nadi rakyat di akar umbi.

“Setiap pandangan akan diperhalusi sebelum Belanjawan 2027 dimuktamadkan, insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

The post Belanjawan 2027: Semua pandangan akan diteliti appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved