Belanjawan 2027: LKIM mahu inisiatif utama untuk nelayan diteruskan

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 7:37 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: LKIM mahu inisiatif utama untuk nelayan diteruskan

KEPALA BATAS : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mahu beberapa inisiatif utama untuk nelayan yang diberikan sebelum ini termasuk peruntukan sebanyak RM3 juta untuk kegunaan golongan itu diteruskan dalam Belanjawan 2027 yang dijangka dibentang Oktober ini.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, peruntukan itu antara lain diberi bagi tujuan penyediaan peralatan menangkap ikan, pengagihan subsidi diesel, elaun sara hidup serta bantuan baik pulih perumahan untuk nelayan.

Selain itu, katanya, LKIM juga mahu kerajaan menyediakan peruntukan tambahan bagi menaik taraf prasarana perikanan yang uzur dan usang termasuk jeti pendaratan ikan khususnya bagi nelayan pesisir pantai serta beberapa kemudahan lain untuk mereka.

“Satu lagi, fokus kita ialah untuk meningkatkan pembangunan bagi sektor akuakultur sebab sumber ikan di laut kini semakin berkurangan.

“Jadi, kita akan minta peruntukan yang lebih untuk bangunkan sektor akuakultur ini terutamanya dalam membaik pulih mana-mana kolam-kolam lama yang sudah rosak dan sebagainya,” kata beliau.

Muhammad Faiz berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Pulau Pinang di Bakau Tua, Penaga di sini, petang tadi.

Pada majlis itu, seramai 103 nelayan memperoleh manfaat menerusi beberapa inisiatif utama LKIM dengan jumlah keseluruhan nilai bantuan yang disampaikan melebihi RM615,900.-UTUSAN

The post Belanjawan 2027: LKIM mahu inisiatif utama untuk nelayan diteruskan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved