Belanjawan 2027: Pelajar tingkatan 6 ‘senyum’ terima elaun RM2,500

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 4:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: Pelajar tingkatan 6 ‘senyum’ terima elaun RM2,500

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup bernilai RM2,500 seorang yang memberi manfaat kepada seramai 90,000 pelajar Tingkatan Enam di seluruh negara.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian tersebut bagi memastikan kebajikan pelajar pra-universiti terus terbela.

“Seperti telah saya umumkan sebelum ini, Kerajaan bersetuju untuk memberikan elaun sara hidup kepada pelajar Tingkatan Enam berjumlah 2,500 ringgit,” katanya ketika membentangkan
Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, kadar baharu elaun berkenaan menyamai kadar yang diterima oleh pelajar matrikulasi, sekali gus memperkasa serta memberikan kesaksamaan bantuan kewangan kepada pelajar di peringkat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027: Pelajar tingkatan 6 ‘senyum’ terima elaun RM2,500 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved