JKM sedia kaunseling buat keluarga Irene Sofiya

LocalFamily & Parenting
6 Oct 2026 • 2:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: JKM sedia kaunseling buat keluarga Irene Sofiya

NIBONG TEBAL – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut dalam kejadian bunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor, Sabtu lalu sekiranya diperlukan.

Ketua Pengarah JKM Malaysia, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, pihaknya mempunyai kaunselor yang boleh memberikan sokongan berkaitan kesejahteraan emosi kepada keluarga mangsa dan individu terkesan.

“Kita sangat bersimpati dan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat. Sudah tentu kita berharap keluarga dapat menerima perkara ini dengan tenang.

“Kita juga mendoakan agar mereka diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya selepas Majlis Perasmian Penutup Kampung Angkat Madani JKM di Sungai Acheh di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

The post JKM sedia kaunseling buat keluarga Irene Sofiya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved