Belanjawan 2027 – Pelajar Tingkatan Enam Terima Elaun RM2500

LocalPersonal Finance
9 Oct 2026 • 5:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Belanjawan 2027 – Pelajar Tingkatan Enam Terima Elaun RM2500

Dalam Belanjawan 2027, kerajaan bersetuju untuk memberikan elaun sara hidup sebanyak RM2,500 kepada pelajar Tingkatan Enam. Langkah ini selaras dengan kemudahan yang telah lama diterima oleh pelajar program Matrikulasi sekali gus menyelesaikan isu perbezaan elaun antara kedua-dua laluan prauniversiti tersebut.

Sekolah Covid

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan dasar telah dimuktamadkan namun kaedah pelaksanaannya masih diperincikan. Elaun tersebut dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 90,000 pelajar tingkatan enam di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM870 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan yang akan memanfaatkan lebih 800,000 murid sekolah.

Langkah ini merupakan usaha mengukuhkan sistem pendidikan prauniversiti di samping memastikan kebajikan pelajar diberi perhatian secara menyeluruh. Dengan langkah tersebut, pelajar tingkatan enam kini tidak lagi berasa terpinggir berbanding rakan mereka di Matrikulasi.

Liputan Belanjawan 2027 di Amanz disokong oleh Luno Malaysia. Jual dan beli kriptowang dengan selamat melalui Luno.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved