Belanjawan 2027: Tumpukan pemilikan rumah bagi Bumiputera muda

6 Oct 2026 • 12:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Rumah Bumiputera

SHAH ALAM: Belanjawan 2027 yang dibentangkan pada Jumaat ini diharap menjadi titik perubahan kepada penyelesaian isu pemilikan rumah serta bantuan kepada generasi muda Melayu dan Bumiputera.

Hal demikian kerana sebahagian daripada 21.8 juta golongan itu yang 3.7 daripadanya adalah graduan muda dalam pasaran kerja belum memiliki rumah pertama walaupun mempunyai pekerjaan tetap serta pendapatan stabil.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, realiti di negara ini apabila purata harga rumah menghampiri RM500,000 bertentangan dengan majoriti pembeli rumah yang terdiri daripada golongan muda baru membina kerjaya dan keluarga.

“Lebih membimbangkan, negara masih merekodkan puluhan ribu unit rumah siap yang tidak terjual. Pada separuh pertama 2026 sahaja, lebih 33,000 unit rumah siap bernilai hampir RM18 bilion masih belum menemui pembeli.

“Keadaan itu menunjukkan masalah sebenar bukan kekurangan rumah semata-mata, tetapi jurang antara kemampuan rakyat dan akses kepada pembiayaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, kerajaan diharap mempertimbang tiga langkah utama bagi menyelesaikan masalah itu antaranya memperluaskan skim deposit sifar bagi pembeli rumah pertama Bumiputera yang mempunyai rekod pekerjaan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) konsisten.

“Kedua, memperkenalkan jaminan kerajaan yang lebih menyeluruh bagi membantu golongan muda mendapatkan pembiayaan perumahan tanpa dibebankan syarat yang terlalu sukar pada peringkat awal kerjaya.

“Ketiga, Bank Negara, institusi kewangan serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) perlu menilai semula mekanisme kelayakan pinjaman bagi graduan dan pekerja muda.

“Penilaian risiko perlu kekal berhemah, namun tidak wajar sehingga menutup peluang mereka membina aset pertama ketika usia paling produktif,” ujarnya.

Saifuddin Shafi menambah, Kerajaan juga perlu memastikan rumah mampu milik, unit Rizab Bumiputera, Rumah Selangorku, Program Perumahan Rakyat (PPR) dan skim perumahan awam lain benar-benar menjadi laluan kepada pemilikan kekal, bukan sekadar penyelesaian sementara. – UTUSAN

The post Belanjawan 2027: Tumpukan pemilikan rumah bagi Bumiputera muda appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved