Belanjawan Johor 2027 – Intipati & Senarai Bantuan

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 9:07 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Belanjawan Johor 2027 baru sahaja dibentangkan oleh oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 19 November 2026 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.07 bilion.

Teman Belanjawan Johor kali ini ialah “Johor Maju, Rakyat Sejahtera”. Belanjawan lebihan (surplus) sebanyak RM2.33 juta ini menggariskan 284 tekad di bawah Enam Teras Maju Johor.

Jom semak intipati penting dan senarai bantuan untuk rakyat Johor yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2027.

Enam Teras Utama

  • Tadbir Urus Kerajaan: Mempercepat pendigitalan perkhidmatan awam dan meningkatkan kecekapan penyampaian agensi kerajaan negeri kepada rakyat.
  • Pembangunan Ekonomi: Memperkasa ekosistem Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta menarik pelaburan berimpak tinggi bagi mewujudkan peluang pekerjaan bergaji tinggi.
  • Jaringan Keselamatan Sosial: Memperluas Bantuan Kasih Johor (BKJ) dengan peruntukan RM263.72 juta untuk membantu golongan B40, miskin tegar, dan penjawat awam menghadapi kos sara hidup.
  • Kemudahan Asas & Infrastruktur: Menambah baik rangkaian jalan raya, sistem pengangkutan awam, serta menyelesaikan isu bekalan air dan tebatan banjir secara berfasa.
  • Kebersihan & Alam Sekitar: Mempergiat inisiatif kelestarian alam di bawah agenda Johor Bersih dan pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik.
  • Orang Muda Johor: Menyediakan 1,000 unit Rumah Orang Muda Johor, biasiswa pendidikan tinggi, serta geran keusahawanan dan latihan kemahiran TVET.
Belanjawan Johor 2027

Intipati Utama & Senarai Bantuan Dalam Belanjawan Johor 2027

Belanjawan Johor 2027 menampilkan unjuran hasil sebanyak RM3.076 bilion berbanding perbelanjaan RM3.074 bilion, dengan RM1.53 bilion (49.77%) disalurkan khusus bagi perbelanjaan pembangunan.

Belanjawan ini dibentuk berteraskan Enam Teras Utama merangkumi tadbir urus, ekonomi, jaringan keselamatan sosial, kemudahan asas, kebersihan, alam sekitar, serta Orang Muda Johor.

Prestasi ekonomi negeri turut diunjurkan mencatat sejarah baharu apabila kutipan hasil dijangka melangkaui RM3 bilion disokong pelaburan bernilai RM99.7 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026.

BANTUAN / INSENTIF UNTUK PELAJAR & BELIA JOHOR

1. BKJ Mahasiswa Anak Johor termasuk Pelajar Tingkatan 6 & Pra-U – RM200 seorang

2. Onn Leadership Accelerator (OLA) dan Johor Apprentice (JA)

3. Johor Next Gen Summit

4. Sambutan Hari Belia Negeri Johor

5. Johor Youth Patriot

6. Penyediaan 1,000 unit rumah orang muda johor

7. Biasiswa Orang Muda Johor

8. Skim Pinjaman Pelajaran Mahasiswa IPT

9. Skim Bantuan Pendaftaran IPT

10. Bantuan Laptop Siswa 

11. Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan dan Inisiatif Bas Percuma

12. Ayuh Johor Mahasiswa

13. Geran Persatuan Mahasiswa Johor

14. Anugerah Ikon Siswa Johor

15. Program Back to School

16. Bantuan Sokongan Pendidikan Anak Asnaf

17. Biasiswa Kenangan Dato’Onn

18. Orientasi Kerjaya dan Kenegaraan YPM (Tingkatan 5)

19. Penyediaan Makan Tengah Hari Pelajar SPM 2027

20. Kit Alat Tulis SPM 2027

21. Tuisyen SPM Maju Johor

22. Johor Starts Go Global

23. Insentif Pelajar Cemerlang SPM/STPM/STAM  

SENARAI BANTUAN KASIH JOHOR (BKJ) 2027

1. BKJ Anak Yatim – RM500 seorang

2. BKJ OKU – RM200 seorang

3. BKJ Kir Miskin dan Penerima Bantuan Am – RM2,000 seorang

4. BKJ Veteren ATM, Pesara Polis dan Pesara KEMAS – RM200 seorang

5. BKJ Penyewa PPR dan RSK – RM200 seorang

6. BKJ Ibu Tunggal yang Berdaftar di bawh YPKDT – RM 200 seorang

7. BKJ Pengawal Keselamatan dan Pekerja Pembersihan Sekolah dan Fasiliti Jabatan Agama Islam serta Pekerja Am SWM Warganegara Malaysia – RM200 seorang

8. BKJ Pemandu Teksi dan E-Hailing & P-Hailing yang Berdaftar – RM4,00 seorang

9. BKJ Penjaja dan Peniaga Kecil Berdaftar dengan PBT – RM200 seorang

10. BKJ Usahawan Pasar Tani & Pasar Tani Kekal – RM200 seorang

11. BKJ Pengusaha & Pemandu Bas dan Van Sekolah – RM400 seorang

12. BKJ Nelayan – RM400 seorang

13. BKJ Sukarelawan KEMAS – RM200 seorang

14. BKJ Sukarelawan Tetap Rela dan APM Serta Anggota Bomba Bantuan – RM200 seorang 

15. BKJ Mahasiswa Anak Johor termasuk Pelajar Tingkatan 6 dan Pra-U – RM200 seorang

16. BKJ Ketua Kampung, Ketua Masyarakat Cina dan India – RM2,000 seorang

17. BKJ Setiusaha JPKK/Setiusaha Kampung Baru Cina – RM500 seorang

18. BKJ Ketua Blok Felda – RM200 seorang

19. BKJ Penggerak Syiar Islam – RM500 seorang

20. BKJ Suri Rumah Tidak Bekerja – RM200 seorang

21. BKJ Penggiat Industri Pelancongan – RM200 seorang

22. BKJ Pengamal Media – RM1,000 seorang

23. BKJ Pengusaha Homestay Berdaftar – RM200

    BELANJAWAN JOHOR 2027 PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

    A. PERUMAHAN

    1. BKJ PENYEWA PPR DAN RSK

    • Bantuan: RM200 seorang
    • Penerima: 15,000 Ketua Isi Rumah
    • Peruntukan: RM3 juta

    2. PERUMAHAN KASIH JOHOR (PKJ)

    A. Bantuan Beli Rumah Pertama

      • Bantuan: RM5,000
      • Penerima: 15,000 orang
      • Peruntukan: RM75 juta

      B. Bantuan Masuk Rumah Pertama

      • Bantuan: RM2,000
      • Penerima: 6,000 orang
      • Peruntukan: RM12 juta

      C. Bantuan Sewa Rumah

      • Bantuan: RM2,500
      • Penerima: 10,000 orang
      • Peruntukan: RM25 juta

      D. Bantuan Deposit Sewa Rumah

      • Bantuan: RM1,000
      • Penerima: 10,000 orang
      • Peruntukan: RM10 juta

      3. RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

      • Sasaran: 11,500 unit pada tahun 2027
      • Pelaksanaan melalui kerjasama PKPJ dan pemaju swasta.

      4. PENYEDIAAN RUMAH ORANG MUDA JOHOR

      • Penyediaan: 1,000 unit
      • Membantu golongan belia dan pasangan muda di bawah umur 35 tahun mendapatkan akses kepada kediaman mampu milik.

      5. PROGRAM RUMAH PERCUMA KASIH JOHOR

      • Peruntukan: RM20 juta

      6. PROGRAM NAIK TARAF DAN BAIK PULIH RUMAH

      • Peruntukan: RM35 juta

      7. REJUVENASI DAN NAIK TARAF PPR, RSK SERTA FLAT AWAM

      • Peruntukan: RM125.1 juta

      8. MEMPERKASAKAN HEBAHAN PENYAMPAIAN INISIATIF PERUMAHAN JOHOR

      • Peruntukan: RM2 juta

      B. KERAJAAN TEMPATAN

      9. PENYALURAN GERAN KESEIMBANGAN PBT: Peruntukan: RM30.6 juta

      10. PELAKSANAAN JOHOR SUPER LANE: Pelaksanaan ke semua 16 PBT Negeri Johor.

      11. KELULUSAN LESEN PERNIAGAAN TIDAK BERISIKO: Tempoh kelulusan: 24 jam

      12. PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN: Tempoh pembaharuan: 1 jam

      13. PENGECUALIAN BAYARAN LESEN PERNIAGAAN TAHUN PERTAMA: Untuk penjaja dan peniaga kecil, peruntukan: RM1 juta

      14. BKJ PENJAJA DAN PENIAGA KECIL BERDAFTAR DENGAN PBT

      • Bantuan: RM200 seorang
      • Penerima: Lebih 24,000 orang
      • Peruntukan: RM5 juta

      15. MEMPERLUAS MODEL MEDAN NIAGA BANGSA JOHOR

      • Pelaksanaan ke seluruh PBT Negeri Johor.
      • Peruntukan: RM15 juta

      16. MEMBINA DAN MENAIK TARAF TAMAN TEMA AIR MINI BANGSA JOHOR

      • Pelaksanaan di semua PBT Negeri Johor.
      • Peruntukan: RM47 juta

      17. MENTRANSFORMASI TAMAN REKREASI AWAM KEPADA TAMAN KOMUNITI BANGSA JOHOR

      • Pelaksanaan di semua PBT Negeri Johor.
      • Peruntukan: RM63 juta

      18. PEMBANGUNAN DAN PENGINDAHAN LANDSKAP, TAMAN REKREASI AWAM

      • Peruntukan: RM104 juta

      19. MENAIK TARAF DEWAN DAN BALAI RAYA

      • Pelaksanaan di seluruh negeri Johor.
      • Peruntukan: RM5.2 juta

      20. MEMPERKASA PENGURUSAN BANJIR DI BAWAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN

      • Peruntukan: RM89.1 juta

      21. MEMPERLUAS PEMASANGAN SMART CCTV DAN SMART TRAFFIC LIGHT BERSEPADU

      • Peruntukan: RM36.1 juta

      22. PROGRAM JOHOR SELAMAT

      • Peruntukan: RM14.3 juta

      23. PENGUKUHAN AGENDA BANDAR PINTAR DAN PEMBANGUNAN SISTEM DIGITAL DI PBT

      • Peruntukan: RM52 juta

      24. MEMPERLUAS SISTEM PENGURUSAN ADUAN NEGERI JOHOR

      • Pelaksanaan ke semua 16 PBT.
      • Peruntukan: RM2.6 juta

      25. MENAIK TARAF FASILITI DAN KEMUDAHAN DI ZOO JOHOR FASA 3

      • Menaik taraf Zoo Johor Fasa 3 melibatkan 8 zon utama bagi memperkukuh pengurusan dan kebajikan haiwan serta meningkatkan keselesaan dan pengalaman pengunjung.
      • Peruntukan: RM3 juta

      26. PEMBANGUNAN SISTEM JOHOR URBAN OBSERVATORY 2.0

      • Sebuah platform bersepadu dan pintar bagi menyokong pemantauan, analisis serta perancangan pembangunan bandar yang lebih cekap dan berasaskan data.
      • Peruntukan: RM1.5 juta

      Senarai Bantuan dan Insentif untuk Keselamatan Sosial dalam Belanjawan Johor 2027

      1. Bantuan Lampin Dewasa – 3 kotak lampin pakaing buang (24 bungkus / 240 keping setiap 6 bulan)

      2. Bantuan Sara Hidup Bulanan untuk Miskin dan Asnaf – RM200 sehingga RM800

      3. Dapur Kasih Johor dan Belanja Dapur Asnaf – Bantuan bulanan RM100, Bantuan one-off RM300

      4. Bantuan Hari Raya Keluarga Asnaf

      5. Gerobok Rezeki Johor – Agihan 42,480 set bakul makanan di 118 masjid melibatkan 56 DUN

      6. Bantuan Perubatan Bulanan Asnaf

      – Bantuan sokongan kesihatan antara RM300 hingga RM1,000

      – Bantuan rawatan hemodialisis sehingga RM2,980

      – Bantuan one-off rawatan jantung sehingga RM20,000

      – Bantuan tapak fistula bagi meringankan kos rawatan golongan yang layak

      7. Bantuan Sewa Rumah Asnaf – RM250 bulanan

      8. Bantuan Peningkatan Ekonomi Asnaf

      9. Bantuan Perlindungan Takaful Khairat kepada Penerima Bantuan Asnaf

      10. Pogram Lonjakan Akademik Kasih Johor

      11. Program Asrama Kasih Johor

      12. Progam Anak Angkat Makmur Johor

      13. Bantuan Beli Rumah Pertama – RM5,000 secara one-off

      14. Bantuan Masuk Rumah Pertama – RM2,000 secara one off

      15. Bantuan Deposit Sewa Rumah – RM1,000 secara one off

      16. Bantuan Sewa Rumah – RM2,500 secara one off

      17. 11,500 unit Rumah Mampu Milik Johor

      18. Program Rumah Percuma Kasih Johor – 100 unit rumah untuk golongan asnaf, miskin dan miskin tegar

      19. Program Naik Taraf dan Baik Pulih Rumah

      20. Program Bina Baru dan Baik Pulih Rumah Asnaf

      21. Rejuvenasi dan Naik Taraf PPR, RSK serta Flat Awam

      22. Memperkasakan Hebahan Penyampaian Inisiatif Perumahan Johor

      23. Pemindahan Sebahagian Perkhidmatan Klinik Kesihatan Diperluskan Kepada Tiga Klinik Kesihatan

      24. Perluasan Inisiatif Perkhidmatan Ubat Melalui Pos di Semua Fasiliti Hospital dan Klinik Kesihatan

      25. Penyaluran Dana Bagi Lokum Pegawai Perubatan dan Paramedik di Hospital Kerajaan

      26. Perluasan Sistem SOS di Hospital Sultan Ismail JB

      27. Bantuan Pantri di Fasiliti Hospital dan Klinik

      28. Sumbangan Ambulan Maju Johor

      29. Program Saringan Mammogram & Ultrasound Melalui Kerjasama KPJ dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor

      30. Program Johor Bebas Denggi 2027

      31. Program Santuni Komuniti Maju Johor

      32. Sinergi Yayasan Diraja Johor

      33. Memperkasakan Yayasan Sultanah Fatimah dan Yayasan Sultanah Rogayah

      34. Bantuan Khas Komuniti Rukun Tetangga (KRT)

      35. Bantuan Kepada Pertubuhan Kesenian dan Budaya

      36. Semarak Perpaduan Johor

      37. Program Persona Kasih Johor

      38. Program Saringan Kesihatan Asas Keluarga Johor

      39. WCARE Melibatkan Komuniti dan Masyarakat

      40. Program Mobiliti OKU

      41. Projek Rintis Program Pemulihan Menggunakan Modul Asuhan dan Jagaan Kanak-Kanak 3M di PKPDK dan Pusat Jagaan OKU

      42. Program Pemeriksaan Child Support Team Johor

      43. Menaik Taraf dan Membaik Pulih Premis PKPDK dan PAWE

      Ucapan Belanjawan Johor 2027

      Tonton Pembentangan Belanjawan Johor 2027 bertemakan “Johor Maju, Rakyat Sejahtera” oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang dikongsikan di platform Facebook Rasmi Onn Hafiz Ghazi di bawah:

      Baca juga:

      Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Belanjawan Johor 2027

      Untuk menyemak status kelayakan, dokumen rasmi ucapan pembentangan, dan jadual pengagihan bantuan di bawah Belanjawan Johor 2027, anda boleh merujuk saluran rasmi Kerajaan Negeri Johor berikut:

      • Dokumen Ucapan & Perincian 284 Tekad: Layari portal rasmi Bahagian Perancang Negeri Johor (BPEN) bagi memuat turun teks penuh pembentangan dan perincian mengikut enam teras utama.
      • Semakan Status & Rayuan Bantuan Tunai: Layari laman sesawang rasmi Sistem Bantuan Kasih Johor (BKJ) menggunakan nombor MyKad untuk menyemak kelayakan atau mengemukakan permohonan rayuan apabila fasa semakan dibuka secara rasmi.
      • Pertanyaan Umum & Khidmat Pelanggan: Hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Khidmat Pengurusan) melalui talian 07-266 6070 atau 07-266 6071, atau rujuk maklumat lanjut di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor.
      Adakah saya perlu membuat permohonan baharu untuk menerima BKJ?

      Bagi penerima sedia ada yang berdaftar dalam pangkalan data agensi berkaitan (seperti eKasih, JKM, YPKDT, dan persatuan berdaftar), penyaluran lazimnya diproses secara automatik berdasarkan rekod terkini. Pemohon baharu atau pemohon yang tercicir perlu menunggu pembukaan tempoh pendaftaran atau rayuan rasmi di Sistem Bantuan Kasih Johor.

      Bagaimanakah cara menyemak sama ada saya layak menerima bantuan tunai?

      Anda boleh menyemak status kelayakan sebaik sahaja sistem dikemas kini dengan memasukkan nombor MyKad pada ruangan semakan di laman Sistem Bantuan Kasih Johor.

      Di manakah lokasi bagi program Jualan Kasih Johor pada tahun 2027?

      Program jualan barangan asas pada harga subsidi ini diperluas daripada 336 kepada 748 lokasi di seluruh negeri merangkumi kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Jadual dan lokasi tapak jualan mingguan diumumkan melalui laman sosial rasmi Media Digital Johor serta Pejabat Daerah masing-masing.

      Bagaimanakah cara memohon inisiatif Perumahan Kasih Johor (PKJ) seperti bantuan deposit sewa atau beli rumah pertama?

      Permohonan inisiatif perumahan di bawah Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) boleh dibuat secara dalam talian menerusi sistem eRumah Johor apabila permohonan bagi fasa tahun 2027 dibuka. Pemohon dinasihatkan menyediakan salinan kad pengenalan, penyata pendapatan isi rumah, dan dokumen perjanjian jual beli atau perjanjian sewa rumah yang sah.

      Newswav Malaysia Best News App

      Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

      Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved