
KUALA TERENGGANU – Lebih 14,000 penjawat awam negeri Terengganu bakal menikmati bonus sebanyak RM1,500 selepas kerajaan negeri mengumumkan pemberian tersebut sempena pembentangan Belanjawan 2027.
Pengumuman itu sekali gus menyaksikan peningkatan tiga kali ganda berbanding bonus RM500 yang diberikan pada tahun-tahun sebelumnya.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian berkenaan sebagai tanda menghargai sumbangan dan komitmen penjawat awam dalam memastikan kelancaran pentadbiran serta pelaksanaan dasar kerajaan negeri.
Menurutnya, segala perancangan dan dasar yang dirangka kerajaan tidak mampu diterjemahkan dengan berkesan tanpa kerjasama serta dedikasi kakitangan awam.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan Terengganu 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE
The post Penjawat awam Terengganu terima bonus RM1,500 appeared first on Kosmo Online.






