Untuk beli ataupun sewa rumah sebenarnya kena ikut kemampuan kewangan sendiri dan juga dari segi gaya hidup. Korang tak perlu pun terburu-buru beli rumah semata-mata atas sebab desakan keluarga atau rakan-rakan korang ya.
Korang boleh tengok jadual ni untuk dijadikan panduan dari segi faedah dan jugak perbelanjaan yang diperlukan untuk beli atau sewa rumah:
BELI
SEWA
Kebaikan
1. Mempunyai rumah tetap
Korang sekeluarga akan ada kediaman tetap untuk selepas bersara
2. Sebagai aset pelaburan
Boleh sewakan rumah sebagai side income.
3. Kebebasan atas harta
Ada kebebasan untuk ubah suai dan hias semula rumah.
1. Sewa bulanan lebih rendah
Korang akan ada duit extra untuk menyimpan ataupun melabur
2. Kontrak Jangka Masa Pendek Dan Risiko Rendah
Korang boleh pilih untuk tamatkan kontrak kalau korang nak tinggal kat tempat lain ataupun korang ada masalah kewangan
3. Tak Perlu Bertanggungjawab Untuk Jaga Rumah Sewa
Tuan rumah korang akan handle maintenance rumah sewa
Kos
1. Bayaran muka
Bayaran muka minimum bermula dari 10% dan merupakan satu jumlah yang sangat besar
Terdapat beberapa bank yang menawarkan 100% pembiayaan untuk pembeli rumah pertama. Tapi korang kena bersedia dengan kadar faedah yang tinggi.
2. Ansuran Bulanan Dan Kadar Faedah
Tempoh pembayaran balik kat Malaysia, sekitar 30-35 tahun
Kebanyakan pinjaman perumahan di Malaysia mempunyai kadar faedah yang berubah-ubah. So, bila kadar faedah meningkat, ansuran bulanan pun akan meningkat
Korang kena pertimbangkan untuk dapatkan rumah yang lebih murah dan menyimpan lebih untuk beli rumah yang lebih selesa pada masa depan
3. Kos kemasukan tambahan
Bayaran yang korang kena keluarkan sebelum beli rumah, termasuk yuran perjanjian jual beli, yuran guaman, duti setem, bayaran untuk ejen serta GST yang boleh mencapai beberapa ribu ringgit.
Kalau kos kemasukan yang korang kena tanggung boleh dikatakan agak banyak untuk dibayar, korang boleh try tanya bank untuk pinjaman “Zero Entry Cost" (ZEC). Pinjaman ZEC mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.
Cukai Taksiran tamat tempoh dua kali setahun untuk semua jenis pemilik
5. Memelihara harta
Korang kena perlu bayar dan uruskan semua perbaikan yang diperlukan untuk rumah tersebut
1. Deposit
Biasanya sewa bulanan untuk 3 bulan dan utiliti 1 bulan, dikira sebagai bayaran deposit
2. Kos sara hidup
Korang kena nilai dulu perbelanjaan bulanan korang untuk pastikan yang korang mampu bayar sewa bulanan
Jangan lupa untuk ambil kira utiliti, Astro, bil telefon dan internet, barangan runcit, petrol, tambang LRT, dan lain-lain
3. Yuran penyelenggaraan
Kena bayar yuran selenggara kalau korang menyewa kat kondo atau pangsapuri
4. Minimum tenancy period
Selain tu, korang kena tahu, berapa lama tempoh kontrak sewa rumah dan berapa lama yang diperlukan untuk notis penamatan kontrak.
Bayaran bulanan (Anggaran Sahaja)
Harga hartanah: RM500,000
1. Pembayaran bulanan
Margin Kewangan: 90%
Jumlah Pinjaman: RM450,000
Tempoh: 30 years
Kadar Faedah Setahun: 4.5%
2. Jumlah bayaran sebulan: RM2,280 3. Kos pendahuluan:
Wang Pendahuluan 10%: RM50,000
Yuran Guaman SPA: RM3,950
Duti Setem SPA: RM9,000
Yuran Guaman Dokumen Pinjaman: RM3,600
Duti Setem Dokumen Pinjaman: RM2,250
4. Jumlah bayaran: RM68,800
Harga hartanah: RM500,000
1. Pembayaran bulanan:
Sewa: RM1,700 (purata untuk kondominium bandaraya)
Yuran Penyenggaraan Bulanan:RM170
2. Jumlah bayaran sebulan: RM1,870 3. Kos pendahuluan:
Sewa Bulanan: RM1,700
Deposit (Bayaran Sewa 2 Bulan): RM3,400
Deposit Utiliti: RM200
4. Jumlah bayaran: RM5,470
Untuk pembelian hartanah, korang boleh gunakan kalkulator kami untuk bandingkan pinjaman yang ditawarkan oleh bank yang berlainan dan kira terus, berapa jumlah bayaran bulanan yang korang kena bayar dengan segera.
Bila korang dah pertimbangkan semua ni, tak mustahil korang akan…
..bersedia untuk beli rumah, sebab:
…lebih sesuai menyewa rumah, sebab:
Mampu untuk bayar balik pinjaman untuk jangka masa panjang
Mampu bayar harga duit muka yang tinggi
Ada sumber pendapatan yang stabil
Selesa untuk tinggal kat satu lokasi sahaja
Tak ada sumber pendapatan yang stabil
Gaya hidup yang memerlukan korang kerap travel sana sini dan tak ada sebarang perancangan untuk menetap.
Nak jimatkan duit untuk tujuan lain
Korang jangan lupa untuk bandingkan dan nilai betul-betul, bank apa yang tawarkan pakej pinjaman yang terbaik.
Selain tu, korang boleh jugak pertimbangkan untuk refinance semula rumah korang pada masa akan datang untuk kurangkan ansuran bulanan, kadar faedah dan jugak panjangkan tempoh pinjaman perumahan korang. Haa…bila dah settle semua ni, bolehlah korang gunakan baki duit yang ada tu untuk benda lain!
Apa pendapat korang, lagi bagus beli atau sewa? Jangan lupa komen share di FB post kami tau.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.