Beli Baju Raya Hampir RM700, Wanita Kecewa Dengan Kualiti Jenama Pakaian Terkenal Ini – “Dorang Takde Team QC Ke?”

LocalWomen's Fashion
4 Mar 2025 • 3:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan kualiti beberapa jenama pakaian terkenal kerana menjual baju raya pada harga yang tidak setanding dengan kualiti.

Menerusi TikTok, wanita itu mendedahkan tahun ini dia memilih untuk membeli baju raya daripada satu jenama yang menjadi sebutan di media sosial.

Tahun ni nak try Y***** dengan harap kualiti yang sangat baik, berbaloi dengan harga. Saya order 5 pasang dan D**** P**** sampai dulu. So, buat self QC. Kualiti agak mengecewakan bagi saya sebab harga 6xx.

Teruja dengan baju raya dibelinya, wanita itu kemudian membuka bungkusan dan memeriksa kualiti pakaian tersebut. Namun alangkah kecewanya apabila dia mendapati kualiti jahitan tidak memuaskan dan tidak setanding dengan harga yang dikenakan oleh jenama tersebut.

Bukan hanya satu yang kualitinya teruk tetapi baju raya yang lain dibelinya daripada jenama tersebut juga mempunyai kesan jahit yang salah sehingga mengubah design baju itu.

Teruk defect nya. Kalau (team) QC memang perasan tapi rasanya tak QC ni.

image is not available

Difahamkan, wanita itu telah membuat hantaran tentang kualiti pakaian dibelinya namun katanya dia kecewa dengan cara pemilik jenama itu membalas mesej.

Langsung takde hati dah nak pakai brand ni. And saya decide untuk return juga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

Wak Doyok Ambil Akmal 'Old Money' Jadi Model Baju Raya, Netizen Luah Rasa Lega - "Terima Kasih Selamatkan Dia.."