Beli Kereta Dulu Atau Rumah Dulu?

PropertyPersonal Finance
22 Jul 2025 • 2:37 PM MYT
SenangCite
SenangCite

Kami menyampaikan isu bisnes dan kewangan yang mudah difaham dan kelakar!

image is not available

Soalan ni memang bermain dalam fikiran setiap individu, terutama mereka yang baru mula bekerja atau sedang merancang kewangan jangka panjang.

Jawapannya bergantung kepada lifestyle setiap individu sebab lifestyle dan keperluan setiap daripada kita berbeza.

Jom kita pecahkan ikut situasi, keperluan dan kesan jangka panjang.

@senangcite

Kalau korang nak beli apa dulu? Follow kitorang untuk tahu latest info, trick & tips! #kereta #rumah #liability #harta #keperluan #kehendak

♬ Calmness/Chill/Live performance_609_2_1(840705) – table_1

Keperluan Semasa

– Beli kereta dulu kalau…

  • Karier korang memerlukan kenderaan. Misalnya, lokasi kerja jauh, tiada akses pengangkutan awam.
  • Korang tinggal bersama keluarga dan tak perlu rumah sendiri.
  • Komitmen kewangan tidak banyak sehingga mampu bayar ansuran kereta.

– Beli rumah dulu kalau…

  • Sudah mampu bayar deposit rumah dan inginkan aset jangka panjang.
  • Sudah berkeluarga atau ingin tinggal sendiri.
  • Sudah boleh guna pengangkutan awam atau carpool buat sementara.

image is not available

Skor Kewangan (CTOS/CCRIS) & DSR:

Jika beli kereta dulu, komitmen bulanan akan naik sekaligus sukar untuk pihak bank luluskan pinjaman rumah (Debt Service Ratio meningkat).

Tapi jika beli rumah dulu, bank lebih mudah luluskan sebab rumah dianggap aset dan ada nilai jangka panjang.

Kesan kewangan

image is not available

Jadi kesimpulannya, utamakan rumah dulu kalau korang inginkan aset yang bertambah nilai dan boleh jadi pelaburan.

Manakala, utamakan membeli kereta dulu kalau keperluan harian memerlukan mobiliti segera.