Belikan rumah untuk setiap anak, netizen idam Kak KM jadi ibu -“Untungnya!”

LocalEntertainment
1 Feb 2025 • 2:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan usahawan jamu sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali Kak KM belikan rumah untuk setiap anaknya kecuali si bongsu yang masih kecil telah mencuri perhatian warganet.

Menerusi video dikongsikan Kak KM di platform TikTok, dilihat usahawan itu bersama suami dan anak-anak memasuki ke dalam sebuah rumah yang sudah lengkap dihiasi dan sedia dihuni.

Kak KM berkata, rumah tersebut merupakan milik anak ketiganya, Rania setelah membelikan sebuah rumah untuk anak pertama dan kedua.

“Alhamdulillah, semua ada kecuali Cinta (anak bongsu),”katanya.

image is not available

image is not available

Kak KM belikan rumah untuk setiap anak

Sementara itu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri memanjatkan kesyukuran kerana mampu menyediakan rumah untuk anak-anaknya.

“Sediakan rumah untuk semua anak adalah bonus,”ujarnya.

@kakkmsweetdaraofficial

Alhamdullillah Rumah RaniA Sedia kan rumah untuk semua anak adalah bonus syukur kakkm profkm alhamdulillah bismillah

♬ suara asli - Aji Kurniawan - Aji Kurniawan

Untungnya! Nak jadi anak angkat Kak KM

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira dengan pencapaian Kak KM kerana berjaya menyediakan sebuah rumah mengikut kemampuannya kepada setiap anak-anak.

Malah, ada yang berseloroh menyatakan hasat mahu menjadi anak angkat kepada usahawan itu.

image is not available image is not available

Sebelum ini, Kak KM pernah berkongsi momen ketika membelikan rumah buat anak sulungnya, Nabila dan anak kedua, Faris.

Sekadar info, Kak KM dan suaminya, Razman Ramli mempunyai empat cahaya mata iaitu Nabila, 21, Faris, 19, Rania, 16 dan Cinta Carissa, 4 tahun.

Sumber: TikTok kakkmsweetdaraofficial