Bella Astillah akui dah penat- “Kalau sayang, kenapa buka aib saya?”

4 Apr 2024 • 4:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Bella Astillah akui dah penat mempertahankan rumah tangganya bersama Aliff Aziz selepas aktor itu berulang kali melakukan kesilapan sama iaitu berlaku curang sebanyak 11 kali.

Dia berkata demikian seusai proses sebutan kedua sebutan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan selain terkejut dengan keputusan dibuat Aliff Aziz, hari ini.

Bella Astillah akui dah penat

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia sudah penat apabila perlu melalui proses perceraian yang panjang.

Menurutnya, tiada siapa yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian namun, dia sudah penat untuk mempertahankan perkahwinannya.

“Saya sebenarnya sudah penat dan tak sangka dengan keputusan hari ini (Aliff enggan ceraikan). Saya ingatkan semuanya akan selesai hari ini.
“Siapa tak sayangkan rumah tangga, tiada siapa yang berkahwin nak bercerai berai. Ini kali kedua saya datang mahkamah, ingat saya suka ke naik turun mahkamah?

“Perceraian adalah perkara yang paling saya takutkan sebab itu saya pertahankan bertahun-tahun. Tetapi saya rasa sudah cukup untuk saya pertahankan semua ini,” katanya.

image is not available

Kalau sayang kenapa buka aib?

Ujarnya, dia tidak mampu lagi mempertahankan rumah tangga yang dibina selama lapan tahun bersama Aliff Aziz kerana tahap kesabarannya sudah sampai ke tahap maksima.

Soal Bella, sekiranya benar Aliff masih sayang, dia tidak sepatutnya membuka aib dirinya bersama pelakon meningkat naik, Muaz Zabir sebelum ini.

“Macam tadi, dia cakap dia masih sayangkan saya dan anak-anak. Kalau betul dia masih sayang, kenapa dia buka aib saya?
“Sedangkan saya simpan aib tu sampai ke mati,”ujarnya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua anak itu enggan mengulas mengenai soalan sama ada Aliff enggan melafazkan cerai terhadapnya kerana mahu melunaskan dendam atau sebaliknya.

“Wallahualam saya tak ada apa-apa komen mengenai perkara itu sebab kita tak tahu hati orang lain macam mana kan?”jawabnya.

image is not available

Dalam pada itu, peguam diwakili Bella iaitu Azmi Mohd. Rais memaklumkan Aliff selaku defendan enggan melafazkan cerai kerana memerlukan lebih banyak masa untuk berfikir.

Malah, Aliff sendiri menyatakan di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat kerana dia masih sayangkan isteri.

Berikutan iti, mahkamah kemudiannya menetapkan kes itu diteruskan dengan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan 4 Jun ini bagi status laporan JKP.

Bella melantik kakak angkat bernama Linda Hashim sebagai wakil manakala Aliff diwakili ibunya sendiri.

image is not available

Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai secara ekspress terhadap Aliff Aziz itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber: Instagram @officialhlive