Tak Jadi Bercerai, Aliff Aziz Masih Sayangkan Bella Astillah

4 Apr 2024 • 2:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tak Jadi Bercerai, Aliff Aziz Masih Sayangkan Bella Astillah

Penyanyi sensasi, Aliff Aziz mengambil keputusan untuk terus mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama isterinya yang juga pelakon Bella Astillah dalam sebutan kedua kes cerai hari ini, lapor Astro Gempak.

Difahamkan, prosiding itu telah berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Menurut peguam Hadi Salleh yang mewakili Aliff, anak guamnya berkeras dengan keputusan itu dalam kes yang difailkan oleh Bella pada 11 Mac lalu.

Kata penyanyi itu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Hamat, dia masih memerlukan waktu untuk membuat keputusan tersebut.

“Benar Yang Arif (tidak setuju). Ini bukan satu keputusan yang difikirkan dalam satu hari. Saya perlukan masa untuk fikirkan keputusan,” ujarnya sewaktu prosiding berlangsung.

Penyanyi berusia 33 tahun itu turut mendedahkan bahawa dia masih menyayangi isterinya.

“Masih sayang,” katanya lagi.

Sementara itu, Azmi Mohd Rais yang bertindak sebagai peguam yang mewakili Bella berkata, memandangkan anak guamnya orang dikenali, dia memohon Mahkamah mempertimbangkan permohonan penceraian tersebut.

Walau bagaimanapun, bapa kepada dua anak itu tetap dengan pendiriannya meskipun Mahkamah bertanya buat kali kedua sebagai pengesahan.

Sehubungan itu, Mahkamah memutuskan sebutan bagi keputusan laporan proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 4 Jun ini.

Kakak angkat Bella, Roslinda dan ibu Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah telah dilantik sebagai wakil JKP.

Permohonan Cerai

Terdahulu, Bella telah membuat permohonan cerai terhadap Aliff pada 11 Mac. Bagaimanapun, suami tidak hadirkan diri pada sebutan pertama kes 13 Mac lalu.

Untuk makluman, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan telah dikurniakan sepasang cahaya mata Ayden Adrean,6, dan Ara Adreanna, 3.

Pada 16 Mei 2019, mereka berdua pernah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing namun dirujuk kembali oleh Aliff ketika Bella masih dalam edah.