“Kalau sayang kenapa buka aib” – Bella Astillah Tak Sangka Aliff Enggan Lafaz Cerai, Akui Penat

Entertainment
4 Apr 2024 • 3:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut rumah tangga melibatkan pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz nampaknya masih berpanjangan apabila Aliff enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.

Susulan keputusan prosiding hari ini, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah memaklumkam dirinya begitu terkejut dengan keputusan dibuat Aliff.

Menurut Bella, tiada siapa yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian namun, dia sudah penat untuk mempertahankan perkahwinannya.

“Bella dah penat dan tak sangka dengan keputusan yang diberikan hari ini. Ingatkan hari ini akan selesai semuanya.

“Siapa tak sayangkan rumah tangga? Tiada siapa yang berkahwin nak bercerai berai.

“Ini kali kedua saya datang mahkamah, ingat saya suka ke naik turun mahkamah? Perceraian adalah perkara yang paling saya takutkan sebab itu saya pertahankan bertahun-tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Ditanya mengapa Bella masih memaafkan Aliff walaupun penyanyi itu berlaku curang sebanyak 11 kali, dia menjelaskan bahawa dia akan mempertahankan rumah tangganya selagi mampu namun tidak pada kali ini.

“Tetapi saya rasa sudah cukup untuk saya pertahankan semua ini. Setiap individu ada limit masing-masing.

“Kalau betul media cakap Aliff masih sayangkan rumah tangga dan anak-anak, kenapa dia buka aib Bella? Sedangkan Bella betul-betul nak simpankan aib itu,” ujarnya.

Difahamkan, kes mereka akan diteruskan ke peringkat Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Bella melantik kakak angkat bernama Linda Hashim sebagai wakil manakala Aliff diwakili ibunya sendiri.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.