Intipati berita
- Bella Astillah berkongsi semula beberapa tangkap layar perbualan lama bersama Syed Saddiq sejak beberapa tahun lalu.
- Mesej tersebut menunjukkan Syed Saddiq pernah memberikan kata-kata semangat dan doa kepada Bella sebelum mereka bergelar pasangan.
- Bella meluahkan rasa bahagia apabila hubungan yang bermula melalui mesej di media sosial akhirnya membawa mereka ke alam perkahwinan.
- Bella dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu dengan mas kahwin RM500, sebelum diraikan menerusi majlis resepsi dan Kenduri Rakyat di Muar serta Kota Kinabalu.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi semula beberapa perbualan peribadinya bersama suami, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bermula sejak beberapa tahun lalu.
Menerusi perkongsian tersebut, ramai dapat melihat bagaimana hubungan mereka bermula sebelum akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Syed Saddiq pernah beri kata semangat sebelum bergelar pasangan

Menerusi hantaran di Instagram Story, Bella memuat naik beberapa tangkap layar mesej yang diterimanya daripada Syed Saddiq ketika mereka masih belum bergelar pasangan kekasih.
Apa yang menarik perhatian, mesej berkenaan memperlihatkan Ahli Parlimen Muar itu pernah memberikan kata-kata semangat serta doa buat Bella.
Pelantun lagu Bersama Aku Setia Selamanya itu turut meluahkan rasa bahagia apabila hubungan yang pada awalnya sekadar bermula dengan membalas mesej di media sosial akhirnya membawa mereka ke alam rumah tangga.
Kini sah jadi suami Bella Astillah

Untuk rekod, Bella Astillah dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur dengan mas kahwin RM500.
Pasangan itu turut diraikan menerusi majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Malah, kemeriahan perkahwinan mereka diteruskan dengan Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober lalu dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.
The post Bella Astillah Kongsi Chat Lama Dengan Syed Saddiq Undang Perhatian Ramai appeared first on Oh! Media.





