Syed Saddiq Janji Jadi Ayah Bertanggungjawab Buat Ayden, Ara - “Terima Kasih Kerana Bagi…”

1 Nov 2026 • 10:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Syed Saddiq Janji Jadi Ayah Bertanggungjawab Buat Ayden, Ara - “Terima Kasih Kerana Bagi…”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menitipkan janji untuk menjadi bapa yang bertanggungjawab kepada dua anak isterinya, Bella Astillah iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.Menerusi video ucapan pada majlis resepsi Kenduri Rakyat mereka di Sabah, Syed Saddiq turut menzahirkan penghargaan kepada kedua-dua anak tersebut kerana menerima kehadirannya sebagai bapa.“Terima kasih kerana bagi saya jadi bapa awak. Saya janji akan jadi ayah yang bertanggungjawab,” katanya.Dalam ucapan sama, Syed Saddiq berkongsi bahawa kehidupan bersama selama tiga minggu membolehkannya mengenali rutin serta kebiasaan Ayden dan Ara.“Dah tiga minggu mereka bersama di rumah, dah tahu apa lenggok mereka, bangun pagi, tidur awal.“Saya tahu kadangkala daddy terlebih disiplin soal tidur, soal makan, tetapi mereka anak-anak yang luar biasa,” ujarnya.Saddiq kemudian memberikan penghargaan kepada Bella atas didikan yang membentuk keperibadian baik kedua-dua anak berkenaan.“Semua perkara baik ditunjukkan Ara dan Ayden adalah sumbangan dan didikan ibunya, Bella Astillah.“Saya bangga jadi suami awak,” luahnya.Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500.Pasangan yang dikenali sebagai BASS itu turut diraikan dalam majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), diikuti Kenduri Rakyat di Muar pada 25 Oktober lalu.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved