Bella Astillah mohon doa buat Syed Saddiq, keputusan rayuan kes ditangguh ke 13 Julai

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 11:27 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Bella Astillah mohon doa buat Syed Saddiq, keputusan rayuan kes ditangguh ke 13 Julai

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah hadir ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya memberikan sokong buat tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ia bagi mengikuti keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan  Ahli Parlimen Muar, Rahman itu atas empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Hadir  jam 7.55 pagi dengan memakai baju kurung berona kuning, Bella tersenyum manis dengan ditemani ahli keluarganya.

Image from: Bella Astillah mohon doa buat Syed Saddiq, keputusan rayuan kes ditangguh ke 13 Julai

Disapa media mengenai harapan tentang perkembangan kes berkenaan, pelantun lagu Pano dan Tapi Bukan Denganmu itu menjawab ringkas.

"Doakan," katanya.

Keputusan rayuan pendakwaan bagaimanapun ditangguhkan selepas Hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali cuti sakit selama dua hari.

Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais berkata, keputusan berkenaan ditangguhkan ke 13 Julai.

Image from: Bella Astillah mohon doa buat Syed Saddiq, keputusan rayuan kes ditangguh ke 13 Julai

Keputusan yang dinanti-nantikan itu akan menentukan sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun tersebut kekal bebas atau kembali disabit dengan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.

Prosiding itu merupakan medan rayuan terakhir bagi pendakwaan selaku perayu, sementara Syed Saddiq sebagai responden.

Sekadar info, Bella dan Syed Saddiq melangsungkan pertunangan pada 28 Mac 2026.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved