Bella Astillah, Syed Saddiq tersipu malu di Majlis Khatam Al-Quran

9 Oct 2026 • 4:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bella Astillah, Syed Saddiq tersipu malu di Majlis Khatam Al-Quran

PETALING JAYA: Berbaki beberapa jam sahaja lagi bergelar suami isteri, pasangan sejoli, Bella Astillah dan Syed Saddiq meraikan hari bahagia mereka dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung pagi tadi.

Bagai pinang dibelah dua, Syed Saddiq yang segak mengenakan jubah berwarna putih itu hadir bersama sejambak bunga ros untuk diberikan kepada bakal isterinya, Bella.

Menerusi video yang tular di Threads, Bella yang anggun mengenakan jubah berona kuning lembut itu turut dilihat tersipu malu ketika menerima jambangan bunga tersebut dari bakal suami.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata peminat mereka meluahkan rasa teruja untuk melihat pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang bakal berlangsung esok.

“Comelnya cara Bella mahu terima bunga itu. Dihargai di mata orang yang tepat. Dia bukan saja dihargai malah dihormati. Semoga hingga ke jannah,” kata peminat.

“Sukanya tengok majlis seperti ini penuh kesopanan,” komen seorang lagi warganet.

“Disunting cinta hatinya dgn penuh adab sopan dan adat istiadat,” kata peminatnya.

Bella dan Syed Saddiq bakal diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di Menara Merdeka 118, pada Sabtu.

Susulan itu, pasangan itu akan diraikan dalam dua majlis resepsi bertemakan Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober dan Kota Kinabalu, 31 Oktober ini.

The post Bella Astillah, Syed Saddiq tersipu malu di Majlis Khatam Al-Quran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved