Bella Astillah Tak Ambil Kisah Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies - “Dia Tiada Kaitan Dengan Saya…”

17 Oct 2024 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Bella Astillah memaklumkan dia tidak mengetahui tentang kes perbicaraan mahkamah melibatkan kes khalwat bekas suami, Aliff Aziz bersama aktres, Ruhainies yang berlangsung pada pagi Khamis.

Tak ambil tahu

Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, dia enggan mengambil tahu tentang perkara yang bukan urusannya. 

“Saya pun baru tahu dan tak nak ambil tahu.

“Dia pun tak ada apa-apa kaitan dan hubungan saya. Jadi saya tak ambil tahu, apa sahaja dan kemana mereka nak pergi atau dipanggil mahkamah dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Gempak. 

Sementara itu, ibu dua anak ini turut memaklumkan dia dan ‘pihak’ tersebut telah menjalani kehidupan masing-masing.

Pelantun lagu Tapi Bukan Dengamu ini turut berkongsi dia kini sedang sibuk mencari rezeki dan memberi sepenuh fokus membesarkan kedua-dua anaknya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sekadar info, Bella mendirikan rumah tangga dengan Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Bagaimanapun pasangan itu akhirnya bercerai buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 13 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, serta Ara Adreanna, 4.