Bella Astillah Tepis Dakwaan Emel Jenama Untuk Berhenti Bekerja Dengan Ruhainies

Entertainment
25 Apr 2024 • 3:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masih hangat diperkatakan, kontroversi di antara pelakon Ruhainies serta penyanyi Aliff Aziz nampaknya semakin ‘panas’.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Bella Astillah yang masih berstatus isteri kepada Aliff Aziz, menolak dakwaan Ruhainies yang mengatakan dia memberikan emel kepada jenama-jenama temapatan agar tidak bekerja dengan Ruhainies.

Ianya susulan gambar mesej di antara Aliff Aziz dan Ruhainies yang mengatakan Bella berbuat demikian kerana ingin menjatuhkan Ruhainies atau dalam kata lain menutup periuk nasi Ruhainies.

image is not available

“Fitnah! Bila masa pula team Bella nak pergi email brands?

Astaghirullahalazim, nak bukti. Macam mana boleh terfikir idea fitnah sampai ke tahap ini Ruhainies?” tulis Bella.

Selain mengatakan ianya satu bentuk fitnah, Bella juga meminta Ruhainies untuk mengemukakan bukti berkenaan dakwaannya itu.

Dalam pada itu, Bella juga dilihat repost beberapa IG Story lain daripada Sarah Yasmine dan memberitahu perbualan ‘manja’ antara Ruhainies dan suaminya itu dilakukan pada hari lahirnya.

image is not available

Dalam salah satu IG Story, Bella juga berkata Aliff Aziz terlalu sayangkan Ruhainies dan disebabkan itu dia meninggalkan Bella serta dua anak mereka.

image is not available

Aduh, makin berat ni…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.