Menjelang keputusan rayuan akhir pendakwaan melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pagi ini, tunangnya, Bella Astillah, tampil menitipkan doa dan kata-kata semangat menerusi media sosial.
Menerusi satu hantaran di Instagram yang dimuat naik malam tadi, Bella berharap segala urusan Syed Saddiq dipermudahkan dan keputusan yang bakal diumumkan memihak kepadanya.
AdvertisementView this post on Instagram
“Esok (hari ini) adalah hari yang sangat besar setelah sekian lama menanti. Saya doakan agar kebenaran, keadilan dan ketenangan sentiasa bersama YB Syed Saddiq.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan, mengangkat segala beban, dan memberi kekuatan untuk melalui hari yang penuh makna ini.
“Kadang-kadang perjalanan untuk mencari keadilan tidak mudah. Ia menguji hati, kesabaran dan kepercayaan kita kepada aturan Allah.
“Tetapi, saya percaya, setiap ujian pasti ada hikmah, dan setiap doa yang ikhlas tidak pernah sia-sia… Insya-Allah.”
Dalam hantaran yang sama, Bella turut mendoakan agar segala ujian yang dilalui digantikan dengan kebahagiaan serta berharap keadilan berpihak kepada mereka yang berjuang dengan ikhlas.
View this post on Instagram
“Semoga yang benar dan baik terus dilindungi. Semoga keadilan berpihak kepada mereka yang berjuang dengan ikhlas.
“Amin ya Rabbal ‘alamin.”
Ruangan komen hantaran tersebut turut menarik perhatian apabila Syed Saddiq membalas dengan ucapan ringkas sebagai tanda penghargaan kepada Bella.
“Terima kasih kerana sentiasa setia di sisi .”
Keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq dijangka diumumkan pagi ini. Ahli Parlimen Muar itu akan mengetahui sama ada beliau kekal dibebaskan atau diarahkan menjalani hukuman penjara berhubung empat pertuduhan membabitkan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kalau Bersalah Terus Masuk Penjara, Peguam Yakin Syed Saddiq Tidak Bersalah
The post Bella Astillah Titip Doa Buat Syed Saddiq, Harap Keadilan Berpihak Kepadanya Menjelang Keputusan Rayuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






