Bella Hadid Dikhabarkan Dipecat Dior, Tempat Diganti Model Negara ‘Penjajah’?

7 Nov 2023 • 6:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Model antarabangsa terkenal, Bella Hadid yang lantang menyuarakan sokongan terhadap Palestin dikhabarkan dipecat jenama terkenal dunia, Dior.

Diganti model dari Israel?

Memetik laporan dari portal Yeni Shafak English, pihak jenama mewah tersebut telah menampilkan model asal Israel dikenali sebagai May Tager bagi iklan terbaru syarikat terbabit menggantikan Bella Hadid.

Susulan daripada tindakan tersebut, aktivis yang menyokong Palestin telah berkempen untuk memboikot jenama berkenaan susulan dari penggantian model tersebut.

Menurut portal albawaba, hashtag #boycottDior juga berlegar-legar di media sosial terutamanya di aplikasi X susulan daripada berita tersebut.

Walau bagaimanapun, hingga ke saat ini, pihak Dior mahupun Bella belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung hal tersebut.

Untuk rekod, model berketurunan asal Palestin itu telah menandatangani kontrak bersma Dior sejak tahun 2016 lagi.

Namun begitu,dia merupakan salah seorang selebriti Hollywood yang begitu lantang menyuarakan sokongan terhadap Palestin disamping mengeji penjajahan yang dilakukan pihak zionis ke atas negata Timur Tengah tersebut.