Lantang Bersuara Isu Palestin, Bella Hadid & Keluarga Terima Ugutan Bunuh!

18 Oct 2023 • 12:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Hanya kerana lantang bersuara memberi sokongan kepada Palestin, keluarga model terkenal, Bella Hadid menerima ugutan bunuh sehingga mengancam kehidupannya dan keluarga.

Memetik portal TMZ, rentetan daripada ugutan bunuh tersebut, Bella dan keluarga termasuk adik-beradiknya, Gigi Hadid, Anwar Hadid serta ibu bapa, Mohamed serta Yolanda membuat laporan polis demi keselamatan mereka.

“Kami dimaklumkan ugutan tersebut diterima dari pelbagai medium termasuk menerusi e-mel, media sosial dan telefon bimbit mereka.

“Sumber juga memberitahu nombor telefon bimbit mereka juga telah tersebar dalam internet beberapa minggu lalu,” lapor portal tersebut.

Tambahnya, perkara tersebut turut memaksa mereka sekeluarga menukar nombor telefon bagi mengelakkan ancaman itu berterusan.

“Semua terpaksa tukar nombor telefon dan semuanya semakin membimbangkan.

“Mohamed sebagai ketua keluarga kini dalam pertimbangan untuk mendapatkan bantuan Biro Penyiasatan Pesekutuan (FBI),” katanya lagi.
 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Gigi Hadid (@gigihadid)










image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved