Bella Hadid Sokong Palestin Meski Hilang Kerja – “Saya Tak Takut”

18 Oct 2023 • 11:13 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Model terkemuka Amerika yang berasal dari Palestin, Bella Hadid sokong Palestin meski hilang kerja dalam dunia permodelan.

Menerusi laporan Turkiye Newspaper, pendirian tersebut didedahkan mengenai konflik Israel-Palestin sejak militan Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

“Walaupun kerjaya saya berhenti, saya tidak akan berhenti menyokong Palestin. Saya tidak takut kehilangan pekerjaan model dan saya akan terus bercakap mengenai Palestin,” ujarnya.

Bella Hadid sokong Palestin

image is not available

Apa yang lebih mengejutkan, Bella Hadid dan sekeluarga telah menerima ancaman bunuh selepas menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin.

Sekadar info, Bella Hadid adalah anak kepada Mohamed Hadid yang merupakan seorang hartawan hartanah berketurunan Palestin.

image is not available

image is not available

Semalam, rejim Israel telah melancarkan serangan ke atas sebiah hospital Gaza sehingga mengakibatkan 500 orang terbunuh, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Bagaimanapun, Israel menafikan perkara tersebut dengan mendakwa letupan itu sebenarnya daripada serangan tentera pejuang Palestin itu sendiri.

Sehingga kini, lebih 2,800 rakyat Palestin telah terkorban dalam serangan bertubi-tubi tentera zionis selama 11 hari di Gaza sejak 7 Oktober lalu.