Bella kongsi keadaan Syed Saddiq selepas terima berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 2:29 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Bella Astillah kongsi perkembangan Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membatalkan sidang media yang dijadualkan berlangsung hari ini selepas menerima berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Perkara itu dikongsikan tunangnya, Bella Astillah, yang berkata mereka sedang menjalani penggambaran ketika menerima perkhabaran tersebut.

“Kami sedang menjalani penggambaran, tetapi saya tahu hati dan fikirannya berada di tempat lain selepas mendengar berita yang menyedihkan itu pagi ini.

“Dia tidak dapat meneruskan apa yang dirancang selepas itu dan meminta sidang media tersebut dibatalkan. Kami masih terkejut,” katanya menerusi satu hantaran.

Menurut Syed Saddiq, sepanjang pertemuan kira-kira dua jam itu, Tun Dr Siti Hasmah sempat bergurau, berkongsi cerita serta memberi nasihat kepada beliau dan Bella mengenai perkahwinan, keluarga dan kehidupan.

“Kalau saya tahu itu pertemuan terakhir kita, saya berharap dua jam itu berkekalan selamanya,” katanya.

Syed Saddiq turut berterima kasih atas kenangan tersebut dan berjanji akan membawa nasihat Allahyarhamah ke dalam kehidupan rumah tangga mereka, walaupun Tun Dr Siti Hasmah tidak sempat memenuhi hasrat untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka kelak.

Tun Dr Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pagi ini. Pemergiannya disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

The post Bella kongsi keadaan Syed Saddiq selepas terima berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved