“Bella ni comel. Tak tahu pil apa dia makan” – Bersemut! Syed Saddiq Puji Bella Astillah Masa ‘Live’

Entertainment
23 Dec 2024 • 3:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semenjak dua menjak ini, kerap juga muncul di FYP masing-masing video menampilkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah mempromosikan baju raya bersempena Aidilfitri bagi sebuah jenama pakaian.

Gelagat Syed Saddiq, 32 dan Bella, 30, menarik perhatian ramai kerana mereka dilihat sangat serasi bersama sehingga ada yang mula merestui jika kedua-duanya menjalinkan hubungan.

image is not available

“Bella ni comel” – Saddiq

Dalam satu video yang dikongsikan di TikTok, tular kata-kata pujian dari Syed Saddiq terhadap Bella Astillah dengan mengatakan bahawa bekas isteri kepada Aliff Aziz ini seorang yang comel.

Bella yang datang dari belakang kemudian tersipu-sipu malu apabila mengetahui Ahli Parlimen Muar itu sedang memuji dirinya.

@stylefashionpv

YB suka sakat Bella Belakang Bella bukan main YB puji, depan depan malu pulak nak puji maknanya apa gais

♬ original sound – stylefashionpv – stylefashionpv

Bella ni comel. I tak tahu pil apa dia makan,” kata Syed Saddiq.

Rata-rata netizen di ruang komen memuji keserasian kedua-duanya sehingga ada yang mendoakan semoga mereka berpasangan dan ke jinjang pelamin. Amboi mana tau masin mulut korang kan…

image is not available

Kita doakan yang baik-baik saja ya.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.