‘Belum ada bayangan tarikh PRN Sarawak’

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 5:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Belum ada bayangan tarikh PRN Sarawak’

PETALING JAYA: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan belum dapat mengulas mengenai mengenai persiapan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.

 

Ia berikutan tarikh penamaan calon bagi PRN sarawak masih belum ditentukan meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu sudah dibubarkan pada 26 Oktober lalu.

 

“Oh, kita tak tahu bila nomination (penamaan calon), jadi belum keluar tarikh lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan National Planning Congress 2026 & MyCity Expo 2026 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini hari ini.

 

Terdahulu, DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRN Sarawak.

 

Pembubaran itu diumumkan Abang Johari selepas menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri, Petra Jaya, Kuching.

 

Mengulas mengenai perancangan pembangunan bandar di Sarawak, Abang Johari berkata, kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan bandar pintar yang mengambil kira pelbagai aspek, khususnya hubungan antara kawasan bandar dengan alam sekitar.

 

Katanya, perancangan menerusi Sarawak Urban Development Policy turut menekankan penyediaan infrastruktur yang kondusif dan mesra rakyat bagi memastikan masyarakat dapat menikmati kehidupan lebih selesa.

 

Dalam ucaptamanya pada majlis sama, beliau turut memaklumkan kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan hala tuju jangka panjang pembangunan bandar dan kawasan petempatan menerusi dasar tersebut.

 

Katanya, dasar berkenaan perlu diselaraskan dengan rancangan pembangunan, keputusan penggunaan tanah serta pelaksanaan program infrastruktur bagi memastikan pembangunan bandar dilaksanakan secara terancang.

 

“Kita ada perancangan untuk membangunkan bandar-bandar kita, kita fokuskan kepada bandar pintar kerana kita mengambil kira semua aspek yang dikehendaki, terutamanya perhubungan di antara bandar dan juga alam sekitar,” katanya.-UTUSAN

The post ‘Belum ada bayangan tarikh PRN Sarawak’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved