Belum Dua Tahun, Syamsul Yusof Fail Cerai Terhadap Ira Kazar

19 Aug 2024 • 7:47 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Belum capai dua tahun usia perkahwinan, pihak pengarah filem ‘Munafik’ Syamsul Yusof mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Isnin.

Sebutan kes permohonan cerai belum ditetapkan.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam syarie, Azmi Mohd Rais mewakili pengarah filem dan pelakon berusia 39 tahun itu.

Bagaimanapun, Azmi berkata sebutan kes bagi permohonan tersebut belum ditetapkan.

"Setakat ini, ia masih diperingkat awal pemfailan...

"Setakat ini, ia masih diperingkat awal pemfailan dan makluman berkenaan perkara itu akan diberikan oleh mahkamah kelak," katanya.

Untuk rekod, ini merupakan pernikahan kedua Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof selepas berpisah dengan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, pada 14 Jun 2023.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 6 Januari tahun sama, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.

Sumber: Sinar Harian