Belum Masanya Warta Jalan Masjid India Zon Tidak Selamat – Ketua Polis Negara

LocalPolitics
29 Aug 2024 • 3:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun telah berlaku insiden tanah jerlus baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husai berkata belum masanya untuk mewartakan lokasi itu sebagai zon tidak selamat.

Katanya, untuk mewartakan sedemikian, polis perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytiharkan kejadian itu sebagai bencana.

Ini bukan bencana. Tetapi kami (polis) termasuk bomba serta agensi berkaitan menjalankan tugas seolah-olah ia seperti bencana. Kita buka Pusat Kawalan Operasi Bersepadu.

image is not available

image is not available

Razarudin turut mengesahkan bahawa laluan sepanjang 1.4 meter di Jalan Masjid India ke Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur telah ditutup susulan mendapan tanah dikesan berlaku di kawasan itu.

Penutupan ini melibatkan laluan yang mempunyai lima pembentung dan arahan berkait perkara tersebut. Laluan ke pembentung itu sekitar 50 hingga 70 meter sahaja, tidak melibatkan laluan masuk kenderaan.

image is not available

Bagaimanapun, menurutnya perniagaan di kawasan itu tidak ditutup dan urus niaga tetap berjalan seperti biasa.

image is not available 1 day ago

Hampir Terjatuh Dalam Tanah Jerlus Di Masjid India, Lelaki India Terbuka Hati Peluk Islam