Polis Tak Isytihar Jalan Masjid India Sebagai Zon Tak Selamat Sebab….

LocalPolitics
29 Aug 2024 • 4:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Polis menjelasan bahawa masih belum tiba masa untuk isytiharkan empat tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sebagai zon tidak selamat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata untuk berbuat demikian, pihaknya perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytihar kawasan itu sebagai zon bencana.

image is not available

“Walaupun kejadian ini bukan dianggap bencana, tindakan polis termasuk bomba dan agensi berkaitan serta Indah Water Konsortium (IWK) seolah-olah seperti bencana.”

“Susulan lokasi kedua mendapan dikesan, saya sudah mengarahkan laluan sepanjang 1.4 kilometer di Jalan Masjid India ke Jalan Raja Laut ditutup.”

“Penutupan itu membabitkan laluan yang mempunyai lima pembetung dan arahan berkait perkara berkenaan sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Ketua Polis Negeri.”

image is not available

Jelasnya lagi, penutupan itu hanya tempat yang membabitkan laluan berkenaan dan tidak melibatkan kawasan lain.

“Perniagaan juga tidak ditutup. Urus niaga masih berlangsung seperti biasa. Laluan ke pembetung itu sekitar 50 hingga 70 meter sahaja.”

Operasi mencari mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India masih lagi diteruskan dengan Ground Penetrating Radar (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sejak Selasa lalu.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.