Belum Sempat ‘Bercerai’, RTM Terus Bersiaran Di Astro!

LocalDigital
26 Jun 2026 • 3:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Astro memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan kandungan berkualiti terus dapat dinikmati rakyat Malaysia menerusi pelbagai platform penyiaran, selaras dengan perubahan landskap media dan perkembangan teknologi.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pihak memaklumkan kerjasama itu bertujuan merancakkan pembangunan kandungan tempatan, memperkasa bakat kreatif negara serta menyumbang kepada pertumbuhan industri media yang lebih mampan, berdaya saing dan relevan.

Image from: Belum Sempat ‘Bercerai’, RTM Terus Bersiaran Di Astro!

Foto: FB RTM

Menurut kenyataan itu, landskap media massa ketika ini memerlukan pendekatan yang lebih progresif, inklusif dan berorientasikan masa hadapan bagi memenuhi corak penggunaan media yang semakin berkembang.

“Sehubungan dengan itu, RTM dan Astro komited untuk terus memperluas kerjasama strategik yang mampu merancakkan pembangunan kandungan tempatan, memperkasa bakat kreatif negara serta menyumbang kepada pertumbuhan industri media yang lebih mampan, berdaya saing dan relevan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama berkenaan, kedua-dua organisasi turut menyambut baik peluasan penyiaran beberapa saluran RTM di platform Astro.

Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan melibatkan saluran Sukan+, Berita RTM serta rangkaian saluran radio RTM yang dijangka memperluas akses rakyat kepada kandungan awam berkualiti, dipercayai dan relevan.

“Ia juga akan memperkukuh penyampaian maklumat berkepentingan nasional kepada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

RTM dan Astro turut berkongsi aspirasi untuk mewujudkan ekosistem media yang mampan, mesra pengguna serta memberikan nilai terbaik kepada rakyat.

Image from: Belum Sempat ‘Bercerai’, RTM Terus Bersiaran Di Astro!

Foto: gdparchitects.com

Menurut kenyataan itu, kerjasama lebih erat antara pemain industri penting bagi memastikan akses kepada kandungan berkualiti terus diperkasakan pada kos yang berpatutan, sejajar dengan perkembangan teknologi dan peningkatan pilihan platform media.

“Kedua-dua pihak percaya kerjasama yang lebih erat antara pemain industri adalah penting bagi memastikan akses kepada kandungan berkualiti dapat terus diperkasakan pada kos yang berpatutan dan tidak membebankan rakyat,” ujarnya.

Melalui kerjasama itu, rakyat Malaysia akan terus menikmati saluran TV1, TV2 dan TV Okey menerusi platform Astro, NJOI dan Sooka, manakala saluran Berita RTM, Sukan+ serta rangkaian saluran radio RTM akan mula ditawarkan kepada pelanggan Astro dalam masa terdekat.

RTM dan Astro yakin kerjasama yang diperkukuh itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi, memperkukuh industri media tempatan serta memperluas akses rakyat kepada kandungan yang berkualiti, dipercayai dan relevan.

Sebelum ini, media pernah melaporkan bahawa RTM akan menghentikan perkhidmatan siaran saluran-salurannya di platform satelit Astro bermula 1 Julai ini selepas hampir 30 tahun kerjasama.

Sumber: Facebook RTM

The post Belum Sempat ‘Bercerai’, RTM Terus Bersiaran Di Astro! appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved