
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial khabar angin yang mengatakan Astro akan terus menyiarkan kesemua saluran televisyen utama, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).
Dakwaan itu nyata menarik perhatian ramai memandangkan RTM sebelum ini mengumumkan akan menghentikan semua saluran di Astro bermula 1 Julai ini.
RTM Terus Bersiaran Di Platform ASTRO, Saluran Berita, Sukan + & Radio Turut Bakal Ditawarkan
Terbaharu, orang ramai secara rasminya boleh menikmati akses kandungan awam seperti biasa susulan saluran RTM iaitu TV1, TV2 dan TV Okey akan terus disiarkan di platform Astro, NJOI dan Sooka.
Apa yang turut menjadi perhatian adalah kerjasama strategik itu turut dikukuhkan dengan saluran Berita RTM, Sukan+ dan rangkaian radio RTM yang akan mula ditawarkan kepada pelanggan Astro dalam masa terdekat.
Jelas RTM dan Astro dalam satu kenyataan bersama, pengukuhan kerjasama itu bertujuan bagi memastikan kandungan berkualiti dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia menerusi pelbagai platform penyiaran.
“Kedua-dua pihak berpandangan bahawa landskap media massa kini memerlukan pendekatan lebih progresif, inklusif dan berorientasikan masa hadapan, selaras dengan perubahan teknologi serta corak penggunaan media yang semakin berkembang.
“Sehubungan dengan itu, RTM dan Astro komited untuk terus memperluas kerjasama strategik yang mampu merancakkan pembangunan kandungan tempatan, memperkasa bakat kreatif negara serta menyumbang kepada pertumbuhan industri media yang lebih mampan, berdaya saing dan relevan.
“Kedua-dua pihak juga menyambut baik peluasan penyiaran saluran RTM di platform Astro, termasuk Berita RTM, Sukan+ serta rangkaian saluran radio RTM yang dijangka memperluaskan akses rakyat kepada kandungan awam berkualiti, dipercayai dan relevan disamping memperkukuh penyampaian maklumat berkepentingan nasional kepada masyarakat,” kata mereka.
Sifatkan Kerjasama Antara Pemain Industri Penting Pastikan Kandungan Berkualiti
Terang RTM dan Astro dalam kenyataan itu lagi, kerjasama erat di antara pemain industri adalah penting bagi memastikan akses kandungan berkualiti dapat diperkasakan pada kos yang berpatutan serta tidak membebankan rakyat.
“Rakyat Malaysia akan terus menikmati saluran TV1, TV2 dan TV Okey di platform Astro, NJOI dan Sooka.
“Peluasan penawaran saluran RTM melalui Berita RTM, Sukan+ serta rangkaian saluran Radio RTM pula akan mula tersedia kepada pelanggan Astro dalam masa terdekat.
“RTM dan Astro yakin kerjasama yang diperkukuh ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi, memperkukuh industri media tempatan serta memperluas akses rakyat kepada kandungan berkualiti, dipercayai dan relevan,” kata mereka.
View on Threads
Sebelum ini, tular dakwaan RTM akan meneruskan siarannya di Astro selepas 1 Julai.
Hantaran tersebut nyata mencuri perhatian ramai memandangkan RTM sebelum ini mengumumkan saluran TV1, TV2 dan TV Okey akan menamatkan siarannya bermula 1 Julai ini di Astro setelah hampir tiga dekad bersama sejak tahun 1996.
Keputusan itu dibuat susulan kegagalan kedua-dua pihak ‘mencapai persetujuan harga’ dan kontrak yang memenuhi keperluan serta kemampuan kewangan masing-masing.
View on Threads
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan:
Kenapa RTM Hentikan Semua Siaran Di Astro Selepas Hampir 30 Tahun? Ini Sebabnya





