Belum sepenggal mentadbir, Anwar pacu Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia – Penganalisis

LocalBusiness & Finance
8 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Belum sepenggal mentadbir, Anwar pacu Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Pentadbiran Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang belum pun sepenggal mentadbir negara berjaya memacu ekonomi Malaysia dalam landasan betul untuk menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia.

Pensyarah Kanan (Ekonomi), Jabatan Pengajian Ekonomi dan Kewangan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Selangor, Nurul Ainun Ahmad Atory berkata, kecekapan mentadbir, kestabilan politik dan sosial, peningkatan daya saing negara dan keyakinan berterusan oleh kerajaan asing serta pelabur luar yang berjaya ditunjukkan oleh Perdana Menteri dan barisan Kabinet Madani wajar diteruskan untuk penggal seterusannya.

Kata beliau, sewajarnya, Perdana Menteri dan barisan Kaninet dalam Kerajaan Madani terus diberikan peluang untuk terus mentadbir Malaysia berbekalkan rekod pentadbiran yang cekap dan mula diyakini oleh sektor perniagaan domestik dan luar negara.

“Dari aspek ekonomi, aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok 30 ekonomi terbesar dunia bukan sesuatu yang mustahil sekiranya momentum pertumbuhan negara dapat dikekalkan secara konsisten.

“Hakikatnya, Malaysia bukan sahaja perlu berkembang, tetapi perlu berkembang dengan lebih pantas, produktif dan berdaya saing berbanding ekonomi pesaing.

“Dalam konteks ini, kestabilan politik, kejelasan dan kesinambungan dasar, tadbir urus yang baik serta keyakinan pelabur domestik dan asing merupakan antara asas penting kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya hari ini.

Baru-baru ini, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, Malaysia berpotensi menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia sekiranya pertumbuhan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominalnya mengatasi negara-negara lain sekurang-kurangnya dua mata peratusan.

Beliau ialah Pengerusi Cypark Resources Bhd, IOI Corporation Bhd, WWF-Malaysia dan MySDG Foundation selain berkhidmat sebagai Pengerusi Bersama Sunway Bhd serta Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia.

Image from: Belum sepenggal mentadbir, Anwar pacu Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia – Penganalisis
NURUL AINUN AHMAD ATORY

Menurut Nurul Ainun, kekuatan Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka juga perlu terus dimanfaatkan melalui hubungan ekonomi yang pragmatik dengan kuasa-kuasa ekonomi utama dunia.

Katanya, keupayaan Malaysia mengekalkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Amerika Syarikat, China, India serta pasaran-pasaran lain membolehkan negara mempelbagaikan sumber pelaburan dan pasaran eksport, di samping memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai global.

“Kekuatan pendekatan ekonomi Madani ialah pertumbuhan tidak seharusnya dinilai daripada angka KDNK atau kedudukan ekonomi dunia semata-mata.

“Pertumbuhan yang berkualiti perlu bersifat holistik dengan memastikan peningkatan pelaburan dan aktiviti ekonomi turut diterjemahkan kepada produktiviti yang lebih tinggi, penciptaan pekerjaan berkualiti, peningkatan pendapatan, pengukuhan perusahaan tempatan dan akhirnya peningkatan taraf hidup rakyat,” katanya.

Pada masa sama, katanya, Malaysia perlu terus meningkatkan daya saing tanpa mengabaikan kecekapan penggunaan sumber, inovasi hijau, peralihan tenaga dan kelestarian jangka panjang.

Justeru, jelasnya, kesinambungan reformasi ekonomi, kestabilan pentadbiran dan keyakinan pelabur perlu terus dipertahankan bagi memastikan momentum yang sedang dibina dapat diteruskan. – UTUSAN

The post Belum sepenggal mentadbir, Anwar pacu Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia – Penganalisis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved