Belum serik ditahan, suami dedah Farah Lee nak teruskan misi – “Tak sampai Malaysia lagi, dah minta izin..”

6 Oct 2025 • 12:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Suami kepada aktivis kemanusiaan, Farah Lee iaitu Fuad Hashim mendedahkan isterinya seolah-olah belum serik apabila berhasrat untuk kembali ke Palestin walaupun baru sahaja dibebaskan selepas ditahan oleh tentera Israel baru-baru ini.

image is not available

image is not available

Perkongsian itu dibuat Fuad menerusi hantaran di Instagram Story memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp bersama isterinya dimana wanita itu masih berada di Istanbul, Turkiye bagi menanti kepulangan ke tanah air.

Dalam mesej tersebut, Farah atau nama penuhnya Nurfarahin Romli menulis: “Lepas ni nak pergi lagi hehe.”

image is not available

Fuad turut memuat naik kapsyen ringkas berbunyi, “Tak sampai lagi Malaysia, dah minta izin nak pergi lagi.”

Terdahulu, Farah antara aktivis yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) sebelum kumpulan itu ditahan oleh tentera di perairan antarabangsa berhampiran Gaza.

Mereka kemudiannya dibebaskan selepas beberapa hari dalam tahanan dan dibawa ke Turkiye, hasil hubungan diplomatik antarabangsa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta bantuan negara tersebut, Recep Tayyip Erdogan.

GSF disertai lebih 500 aktivis dan sukarelawan dari 45 negara belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti selain menghantar bantuan pelbagai keperluan kepada penduduk Gaza yang sudah lama menderita akibat kekejaman tentera di sana.

Sumber: Instagram Fuad Hashim