Farah Lee tidak serik, suami dedah mahu terus perjuangan meskipun baru dibebaskan. 'Tak sampai Malaysia lagi, dah minta izin'

6 Oct 2025 • 7:03 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SUAMI kepada aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Farah Lee iaitu Fuad Hashim mendedahkan, isterinya masih bersemangat untuk kembali menyertai misi seterusnya meskipun baharu sahaja dibebaskan daripada tahanan tentera Isr4el.

Farah, atau nama sebenarnya Nur Farahin Romli, 36, kini berada di Turkiye selepas dibebaskan. Di sana, dia dikatakan telah meminta izin daripada suami,  untuk menyertai misi seterusnya.

image is not available

“Lepas ni nak pergi lagi, hehehe,” titip Farah kepada suaminya menerusi satu perbualan peribadi yang dikongsi di IG Story.

Sementara itu, atlet kuda lasak dan juga penunggang pasukan State Terengganu Endurance Team (STET) itu sempat berseloroh:

"Tak sampai Malaysia, sudah minta izin nak pergi lagi," kongsinya.

image is not available

Farah Lee sememangnya tidak asing dalam misi bantuan kemanusiaan. Baru-baru ini dia  antara aktivis yang terlibat dalam misi anjuran Global Sumud Flotilla (GSF) .

GSF yang disertai lebih 500 sukarelawan dari 45 negara, belayar menuju ke G4z4 sebagai tanda solidariti dan usaha menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Bagaimanapun, kumpulan flotilla itu telah dipintas dan ditahan oleh tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa berhampiran G4z4.

Selepas beberapa hari dalam tahanan, para aktivis akhirnya dibebaskan dan diterbangkan ke Turkiye hasil usaha diplomasi yang digerakkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut mendapatkan kerjasama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.