Ben Ladin Mengamuk Dan Terkejut 2 Adik Sudah Tak Sekolah

LocalFamily & Parenting
21 Apr 2025 • 5:53 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ben Ladin

Penyanyi dan rapper terkenal, Ben Ladin sekali lagi tampil meluahkan perasaan kecewa apabila mendedahkan dua orang adiknya yang masing-masing berumur 12 dan 8 tahun langsung tidak bersekolah.

Menurut laporan mStar, Ben berkata dia pernah tinggalkan sebuah kereta agar ia boleh digunakan untuk menghantar adik-adiknya ke sekolah, namun harapannya musnah begitu saja.

Kereta aku tak pernah tuntut sebelum ini, fikirkan adik-adik nak sekolah. Sampai hari ini aku dapat tahu adik aku tak sekolah…

Duit kena tipu ratus ribu, adik pula tak terbela?

image is not available

Ben turut mendakwa ada pihak (tak sebut siapa) menipu duit orang sampai beratus ribu ringgit, tapi dalam masa sama mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga sendiri.

Adik aku tak sekolah. Belanja mewah boleh. Roadtax kereta mati, saman berlambak. Kereta hancur.

Luahan itu jelas menunjukkan betapa kecewanya dia disebabkan sifat seseorang yang pentingkan diri dan sanggup menindas darah daging sendiri.

Mangsa penipuan ibu bapa sendiri?

image is not available

Lebih mengejutkan, minggu lepas Ben turut berkongsi kisah sedih apabila mendakwa ibu bapanya sendiri terlibat dalam penipuan wang, dan menggunakan namanya untuk memperdayakan orang lain.

Akibatnya, dia kini terpaksa menanggung beban apabila mangsa penipuan mula mencari dan memintanya bertanggungjawab.

Scam nama aku, sekarang aku pula yang kena bayar balik.

Disebabkan itu, Ben nekad membuat laporan polis dan tidak mahu terus menjadi mangsa dalam konflik keluarga yang tiada penghujung.

Kadangkala orang yang paling kita percaya, boleh jadi punca luka paling dalam. Tapi jangan biarkan kezaliman membunuh masa depan orang lain. Bertindak bila perlu, dan pertahankan yang benar.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.