Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya, turut memberikan respons terhadap perdebatan warganet susulan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun diserang lima ekor anjing liar di Peserai, Batu Pahat, baru-baru ini.
Menerusi satu komen di Threads, Fedtri dilihat menyentuh mengenai perbincangan yang tercetus selepas seorang pengguna mempertikaikan keadaan persekitaran serta tanggungjawab manusia dalam menangani isu anjing liar.

Fedtri kemudian meninggalkan komen ringkas yang berbunyi:
“Benaknya… tak ada orang boleh sekolahkan depa?”
Komen tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial, lebih-lebih lagi Fedtri sebelum ini cukup dikenali dengan gaya penyampaian nasihat yang sering menggunakan bahasa berkias dan pantun.
Dalam pada itu, isu berkenaan tercetus selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dilaporkan parah selepas diserang lima ekor anjing liar di halaman rumah di Kampung Tambak, Sungai Kelambu, Peserai.
View this post on Instagram
Mangsa kemudiannya menjalani pembedahan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas kejadian tersebut.
Peristiwa itu turut mencetuskan kebimbangan penduduk setempat yang mendakwa anjing liar sudah lama berkeliaran di kawasan berkenaan.
Perbincangan di media sosial bagaimanapun menjadi hangat apabila warganet mempunyai pandangan berbeza mengenai tanggungjawab manusia dan tindakan yang perlu diambil terhadap anjing liar bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Aku Ni Setiap Bulan Sakit" - 'Influencer' Dan Usahawan Menangis Di TT Live, Dedah Hidap Penyakit Kelamin Dari Suami
The post “Benaknya… Tak Ada Orang Boleh Sekolahkan Depa?” – Fedtri Yahya Tegur Perdebatan Isu Kanak-Kanak Diserang Anjing first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






