Benarkah generasi muda semakin matang mengundi?

LocalPolitics
17 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Benarkah generasi muda semakin matang mengundi?

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru sahaja melabuhkan tirai, namun bahang kehangatannya masih terasa.

Sepanjang tempoh berkempen berlangsung ramai pemimpin tertinggi parti-parti politik yang bertanding turun padang bagi menambahkan lagi kehangatan kempen pilihan raya dan tidak ketinggalan juga segelintir pempengaruh media sosial turut hadir bagi menemu ramah pengundi-pengundi di Negeri Sembilan serta bertanyakan pandangan dan sokongan mereka terhadap parti-parti yang bertanding.

Walau bagaimanapun, hasil pemerhatian saya terhadap segelintir temu ramah yang dijalankan terhadap generasi muda khususnya, apabila ditanya mengapa mereka menyokong parti tertentu yang bertanding dalam PRN Negeri Sembilan, jawapan yang diberikan oleh mereka menunjukkan mereka belum matang untuk mengundi.

Hal ini kerana, segelintir dari mereka mengatakan mereka hanya mengikut parti yang disokong oleh rakan mereka, manakala sebahagian pula apabila disoal berada dalam keadaan bingung untuk menjawab mengapa mereka memilih parti itu, sedangkan apabila ditanya parti apa yang disokong, mereka mampu melaungkan nama parti tersebut dengan jelas dan lancar, namun apabila ditanya mengapa parti tersebut menjadi pilihan, mereka diam seribu bahasa memikirkan jawapan untuk diberikan.

Apa yang dapat disimpulkan dari pemerhatian saya terhadap temu ramah yang dijalankan khususnya kepada kalangan generasi muda, segelintir daripada mereka hari ini membuat keputusan tanpa membaca atau menyelidik terlebih dahulu.

Sekiranya keadaan ini berterusan maka tiada gunanya Undi18 diluluskan kerana sebahagian generasi muda pada hari ini masih mengambil mudah dalam menentukan kerajaan yang bakal menerajui negara ini pada masa hadapan yang akan memberikan kesan besar kepada mereka juga seandainya mereka salah memilih pemimpin yang benar-benar layak.

Oleh itu, generasi muda pada hari ini sepatutnya semakin matang dan bijak dalam membuat keputusan kerana sumber maklumat berada di hujung jari mereka sahaja. – UTUSAN

ARIFF HAMKA
Perak

The post Benarkah generasi muda semakin matang mengundi? appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved