“Benda lain boleh troll” – PU Amin Tegur DMA Islam Dakwa Kanak-Kanak Usia 9 Tahun Hafal Al-Quran Sebagai ‘Pend*raan’

LocalOpinion
4 Aug 2026 • 5:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft PU Amin DMA Islam

Personaliti media sosial DMA Islam menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini berikutan dengan satu kenyataan yang dianggap agak keterlaluan.

Selain netizen, ramai selebriti, termasuklah golongan agamawan sendiri, tampil memberikan respon yang menzahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan itu dan memberikan teguran buat pemilik nama sebenar Danial Mirza Arizan ini.

Artikel berkaitan: “Tak pusing-pusing dulu ke?” – Video DMA Islam Lengkap Bersamping, Ramai Ingat Dah Bertunang Rupanya…

Artikel berkaitan: DMA Islam Luny*i, Tewas Di Tangan Abang Koroy Dalam Pertandingan Tinju

Budak umur 9 tahun hafal Quran

Menerusi hantaran Threads yang dimuat naik beberapa hari lepas, DMA Islam menyatakan bahawa kanak-kanak seawal umur 9 tahun yang berjaya menghafal kitab suci al-Quran adalah sesuatu perkara yang didakwa tidak gemar dilihatnya.

Bahkan, DMA Islam turut melabelkan tindakan yang mendorong kanak-kanak itu untuk menghafal al-Quran didakwa sebagai satu penderaan (abuse).

Screenshot 2026 08 04 163652

Kurang senang dengan kenyataannya itu, ramai selebriti seperti Kamal Adli, Wak Doyok, Yusuf Bahrin dan ramai lagi mengecam kenyataan yang dianggap keterlaluan itu.

Bahkan golongan agamawan juga turut menegur DMA Islam, antaranya PU Amin yang meminta DMA Islam untuk tidak menggunakan al-Quran sebagai satu perkara yang boleh dipermainkan.

dma PU Amin Screenshot 2026 08 04 164428 Screenshot 2026 08 04 164514

Di samping itu, ada juga netizen yang meminta Dr Zulkifli Al-Bakri untuk tampil memberikan pendapat berkenaan dengan kenyataan yang diberikan oleh DMA Islam ini.

Sumber: Threads @dma_islam

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved