Bendera Gergasi Sarawak Diturunkan Separuh, Hormati Pemergian Tun Taib

21 Feb 2024 • 2:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tanda hormat pemergian Tun Abdul Taib Mahmud

Bendera Gergasi Sarawak Diturunkan Separuh, Hormati Pemergian Tun Taib. Bagi menghormati pemergian mantan Yang Di Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud, bendera Ibu Pertiwi pada tiang bendera gergasi Sarawak di Kuching telah diturunkan separuh.

Dipetik dari laporan BERNAMA, pada jam 9 pagi tadi bendera yang dipasang pada tiang gergasi setinggi 99 meter itu sudah dikibarkan separuh tiang seperti yang telah diarahkan Kerajaan Sarawak hari ini.

image is not available
Bendera Gergasi Sarawak Diturunkan Separuh, Hormati Pemergian Tun Taib

Bendera di seluruh Sarawak akan dikibarkan separuh tiang

Terdahulu, Kerajaan Sarawak dalam satu kenyataan rasmi mengisytiharkan negeri ini akan berkabung selama dua hari bermula hari ini sebagai tanda penghormatan di atas pemergian Abdul Taib berusia 87 tahun yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Kerajaan Sarawak juga memaklumkan bendera di seluruh Sarawak akan dikibarkan separuh tiang dan sebarang acara hiburan perlu ditangguhkan.

image is not available

Dataran Pertiwi yang terletak berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Tebingan Kuching itu telah dilancarkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis sambutan ambang tahun baharu 2024 peringkat negeri sebelum ini.

Menelan perbelanjaan sebanyak RM 30 juta, kos pembinaan monumen itu telah disumbang syarikat Petroleum Sarawak Bhd (Petros), Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Lagi perkembangan terkini untuk anda di sini: