Bengang Bunyi Bising Ekzos Motor, Polis Ditahan Langgar Lari Calon SPM Hingga Maut

16 Dec 2023 • 9:00 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pegawai kanan polis ditahan

Bengang Bunyi Bising Ekzos Motor, Polis Ditahan Langgar Lari Calon SPM Hingga Maut. Seorang pelajar lelaki tingkatan lima maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah maut di tempat kejadian selepas diseret kereta lebih lima meter.

image is not available
Bengang Bunyi Bising Ekzos Motor, Polis Ditahan Langgar Lari Calon SPM Hingga Maut. Sumber: Kosmo

Kejadian berlaku ketika mangsa yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam perjalanan pulang dari sekolah di SMK Jati dengan menunggang motosikal jenis Yamaha.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas pemandu kereta jenis Perodua Ativa berusia 44 tahun tidak berpuas hati dengan tindakan remaja itu membuat bunyi bising ekzos sebelum bertindak mengejar motosikal mangsa dan melanggarnya dari belakang.

Saksi kejadian memaklumkan, pemandu kereta berkenaan berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa, namun segera beredar apabila menyedari kehadiran orang awam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/pasangan-bakal-bertunang-maut-dilanggar-remaja/

https://www.iloveborneo.my/polis-buru-lelaki-curi-motosikal-siburan/