“Bengang Kisah Lama Diungkit Punca Suami Kelar Leher Isteri” – Polis

LocalPolitics
4 Jun 2025 • 2:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, hari ini Malaysia dikhabarkan dengan berita mengejutkan mengenai seorang suami membunuh isteri dengan mengelar wanita terbabit dengan kejam.

Ungkit kisah lama punca pembunuhan

Melalui laporan Harian Metro, punca mangsa dikelar di bahagian leher dengan pisau pemotong sayur itu berlaku selepas berlakunya pergaduhan ungkit-mengungkit kisah lama.

image is not available

Sebelum tercetusnya pergaduhan bersama isteri, si suami sudah pun berasa bengang apabila kisah lama diungkit yang kemudiannya membawa kepada kematian tragis.

Motif pembunuhan dilakukan oleh suspek

Difahamkan daripada Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Roslan Mohd Talib, siasatan awal mendapati motif pembunuhan berlaku akibat masalah keluarga.

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, suspek juga sebelum ini mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan pada tahun 2017 dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1800.

Setakat ini, polis masih belum merekodkan keterangan saksi kejadian dan maklumat lanjut akan dikongsi sebaik keputusan bedah siasat diperoleh. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302.

image is not available 7 hours ago

Lelaki Mengganas, Kelar Isteri Hingga Maut Sebelum Ke Rumah Keluarga Mentua & Bakar Kereta