Ungkit Kisah Lama Jadi Punca Suami Kelar Isteri

LocalPolitics
4 Jun 2025 • 3:43 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ungkit-mengungkit kisah lama dipercayai menjadi punca utama seorang wanita maut selepas lehernya dikelar menggunakan pisau pemotong sayur dalam satu kejadian di Tangkak, petang Isnin lalu.

Menurut laporan Harian Metro, difahamkan suspek yang juga suami mangsa berang selepas berlakunya pertengkaran, sebelum bertindak agresif sehingga menyebabkan kematian tragis isterinya.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian lebih menjurus kepada masalah dalaman keluarga.

“Pada masa sama, suspek turut memiliki rekod lampau mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan pada tahun 2017 dan telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,800,” katanya.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Tambah beliau, setakat ini pihak polis masih belum merekodkan keterangan daripada saksi kejadian dan siasatan lanjut akan dijalankan selepas laporan bedah siasat diperoleh.

Dalam kejadian sama, suspek yang merupakan seorang penganggur turut disyaki membakar empat buah kenderaan yang berada di rumah mentuanya.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)