Bergaduh Sebab Ungkit Kisah Lama Punca Suami Kel*r Isteri

LocalFamily & Parenting
4 Jun 2025 • 3:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes jenayah melibatkan seorang lelaki mengelar isterinya menggunakan pisau pemotong sayur hingga meninggal dunia pada Isnin lalu dikatakan berpunca daripada isu ungkit-mengungkit kisah lama.

Menurut laporan sumber, suspek difahamkan bengang sebelum dia bergaduh dengan isterinya.

Ketua Polis Darah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib mengatakan bahawa siasatan awal mendapati motif kejadian pembunuhan itu berlaku lebih kepada masalah keluarga.

image is not available

Jelasnya lagi, dalam pada itu, suspek dikatakan turut memiliki rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan pada 2017 dan dijatuhi hukuman denda RM1,800.

“Setakat ini, polis masih belum merekodkan keterangan saksi kejadian dan maklumat lanjut akan dikongsi sebaik keputusan bedah siasat diperoleh. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302.”

Dalam kejadian semalam, supek yang juga seorang penganggur disyaki mengelar leher isterinya hingga mati dan membakar empat kenderaan di rumah mentuanya.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.